CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azwan Ali Bersyukur Telah Pulih, Dinasihat Jangan Berdendam

28-8-2023 08:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6883| Komen: 11

Pengacara Azwan Ali meluahkan rasa syukur apabila keadaannya telah pulih 100 peratus akibat perbuatan sihir selepas menjalani rawatan alternatif bersama seorang pengamal perubatan Islam. 

Selebriti yang membahasakan dirinya sebagai Diva AA itu berkata, dia tekad untuk berjumpa dengan ustaz terbabit selepas dihubungi seorang wanita dari Ipoh, Perak yang menyarannya untuk berubat di pusat perubatan Islam Al- Mujahidin milik ustaz tersebut di Air Molek, Melaka.


“Seorang wanita tidak dikenali dari Ipoh, Perak telah menyarankan saya untuk berjumpa dengan ustaz terbabit. Kebetulan pula ketika itu memang saya berada di Melaka atas urusan kerja.

“Saya tekad untuk bertemu dengannya selepas sekali lagi ‘diserang’ dengan teruk akibat perbuatan sihir ketika menginap di salah sebuah hotel di Banda Hilir, Melaka. Pekerja-pekerja di hotel itu menjadi saksi saya diganggu sehingga tidak boleh berjalan,” katanya.


Ketika menerima rawatan, pengamal perubatan alternatif yang dikenali sebagai Ustaz Din itu telah membacakan ayat suci al-Quran dan melakukan beberapa perkara untuk memulihkan keadaanya.

Sempat berkongsi saranan dan nasihat, ustaz terbabit turut meminta Azwan untuk membuang rasa dendam terhadap individu yang telah melakukan khianat itu sehingga jatuh sakit.

“Ustaz Din berpesan kepada saya, jadilah seperti Nabi Muhammad SAW. Walaupun baginda dibaling dengan Najis, beliau tetap memaafkan si pelaku.

“Saya diminta untuk buang rasa dendam. Sebagai manusia biasa, tentu sukar untuk saya berbuat demikian. Tapi saya sedar ruang, siapa saya.

“Saya hanya mahu maju ke depan dan berjaya dunia akhirat. Kita jumpa di akhirat. Terima kasih kerana membenci saya, terima kasih kerana menyihir saya,” katanya.

Walaupun telah pulih, pengacara itu mengakui badannya masih lemah dan akan meneruskan sesi rawatan sehingga benar-benar pulih.

“Saya masih lagi lemah dan akan terus berubat sehingga betul-betul pulih. Kepada pengikut-pengikut saya, terima kasih kerana selalu mendoakan kesembuhan saya,” ujarnya.


Sumber: HibGlam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GegarVaganja 28-8-2023 08:37 PM
Ye la tu sihir.
Ntah2 kena strok sebenarnya.

Quote mojarean_X 28-8-2023 08:48 PM
Buanglah sifat dendam dibah. Mula2 g berbaik ngan adik beradik tu dulu.
Quote miss_perfect 28-8-2023 09:17 PM
Aikkk... Bukan selalunya sihir susah nak diubat ke? Banyak baca cerita ada yang menderita bertahun2 berubat macam2 tak baik2, ada yg sampai mati pun tak sembuh sepenuhnya
Quote Belibis 28-8-2023 09:17 PM
Suka sangat kahakkan orang..mana orang tak sakit hati.
Quote ilahaz 28-8-2023 09:28 PM
umo2 dah kertu ni jom la tenang2 je diba
Quote Ayda89 28-8-2023 09:28 PM
Moga slow la mulut tu lepasni maki orang
Quote sleepandream 28-8-2023 10:37 PM
cash tuhan bagi tu...
kalau tak beringat jugak taktauler...
Quote kaedahnya 28-8-2023 11:05 PM
gi buat full medical checkup adalah lebih baik kekdahnya kak azwana oii
Quote MeowPARSI 28-8-2023 11:07 PM
X abis abis latto latto londeh ni
Quote prince_marhaen 29-8-2023 09:46 AM
ntah-ntah HIV AIDS ebab tu kulit berkeruping berkerak berkudis... gitteww..
Quote beni_nikaido 29-8-2023 10:44 AM
muhasabah diri la....
sok lusa dihaktuih kan orang lagi

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.105674 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top