CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Banyak 'Job' Dengan TV 3, Izzue Islam Nafi Anak Emas

28-8-2023 07:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8098| Komen: 32

Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam menafikan dakwaan yang mengatakan dia adalaha anak emas kepada stesen televisyen TV3 hanya kerana dia kerap muncul menerusi terbitan saluran tersebut.

Izzu yang juga aktif dalam bidang pengacaraan berkata, dia dia mengambil pendekatan fleksibel dan tidak memilih tawaran termasuk dari stesen TV tempatan.



"Saya tidak pernah fikir diri ini 'anak emas' stesen TV tertentu. Mungkin orang cakap sebegitu kerana saya banyak mengendalikan program untuk TV3.

"Saya tidak nafikan TV3 beri banyak peluang kepada saya... Namun, semuanya saya anggap sebagai rezeki.

"Barangkali, tiba masanya untuk saya menyerlah dalam bidang pengacaraan. Sebelum ini, orang tengok saya berlakon sahaja," katanya kepada BH Online.

Malam tadi, buat kali pertama membabitkan acara besar, Izzue diberi tanggungjawab mengemudi TikTok Awards Malaysia 2023 bersama Sherry Alhadad dan Amelia Henderson.


Izzue bagaimanapun tidak menolak faktor sering muncul dalam program TV3 menyebabkan pihak lain menyangka dirinya menandatangani perjanjian atau kontrak eksklusif bersama stesen penyiaran terbabit.

Izzue menambah, dia mahu mengekalkan momemtum sebagai pengacara program yang dianggap cukup menyeronokkan.

"Andai berhenti (mengacara) beberapa bulan, susah hendak dapatkan kembali momentum itu. Pengalaman saya dalam bidang pengacaraan masih baharu dan hijau. Jadi, buat masa ini, tumpuan saya kepada bidang pengacaraan sahaja," katanya.

Mengenai penampilan sebagai pengacara TikTok Music Awards Malaysia 2023, Izzue tidak menyangka TV3 dan TikTok Malaysia melihat kemampuannya dalam beraksi di pentas anugerah besar.

"Peluang ini saya anggap sebagai suatu penghargaan daripada TV3. Untuk sampai ke tahap ini, apatah lagi berganding dengan Sherry yang hebat, mungkin perlukan masa sehingga dua tahun.

"Namun, TV3 memberi laluan mudah kepada saya. Namun, saya tegaskan sekali lagi, saya bukanlah 'anak emas' TV3. Apa yang saya kecapi adalah rezeki," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 28-8-2023 09:32 PM
Rezeki jgn ditolak.. selagi ada, amik..
Quote lanacondor 28-8-2023 09:59 PM
Bia la rezeki dia. Dia pon disiplin xbuat perangai, x kekwat. Humble je. Jgn di layan ckp2 org izzue lantakkan dorg.
Quote jlo 29-8-2023 07:56 AM
rezeki dia..and dia pun tak banyak songeh kan
Quote TerataiMelur02 29-8-2023 07:58 AM
Iols ok je dengan dia ni. Tak kekwat. Sambar je izzue selagi ada job
Quote anilanil 29-8-2023 08:02 AM
Rezeki dtg dlm pelbagai cara. Rezeki job, rezeki anak, rezeki sihat, rezeki muka hensem, rezeki kereta tesla. Sentiasa bersyukur utk org yg mahu berfikir.
Quote FrikoE 29-8-2023 08:38 AM
Rindu drama dia dengan kinah dulu.. bunga merah punya.. lagu2 sedap jer
Quote supernaturalee 29-8-2023 10:59 AM
FrikoE replied at 29-8-2023 08:38 AM
Rindu drama dia dengan kinah dulu.. bunga merah punya.. lagu2 sedap jer

zul huzaimy directornya kan

boleh laaa izu sbg hos

Quote ezacbee 29-8-2023 11:21 AM
Jangan cam de retis tu kemain tolak job.

Selagi ada job, sauk je.. pedulik cakap orang.
Quote chandrahusin 29-8-2023 11:24 AM
Anak emas pun takpe
Perangai elok
Rupa pun elok
Quote deebiz14 29-8-2023 11:29 AM
Meols ok je ngan si Izzue ni. Takde la annoying pun. Heols pun rajin, gaknye attitude pun bagus jadi byk la peluang tu. Nmpk ikhlas buat keje. Ni muda2 lagi tak byk komitmen, keje keras la kan kumpul harta untuk hari tua nnt.
Quote Lorra2411 29-8-2023 11:33 AM
rezeki dia,,, org pun senang nak bekerjasama dengan dia kot... sebab tu senang dapat job...
Quote huehue 29-8-2023 12:57 PM
Meolls soft spot dgn izzue ni. So far heolls pun takdak kontroversi aneh aneh. Sekali sekala adalah keluar cerita backup minik nya tapi nothing controversial sangat ler for me.

And yessss meolls suka lagu heolls dgn kinah tingtong tu walaupun meolls tak tengok pun cerita dia
Quote buragazz 29-8-2023 01:35 PM
Berdaghah hidung Geng2 Forteen...
Quote samshik 29-8-2023 09:19 PM
Die ni kat luar ensem... Tu yg bini kepong.. Cuma bau budu kuat ar jugak.. Mmg leh cam geng red warrior
Quote EncikRhoma 30-8-2023 08:07 AM
buragazz replied at 29-8-2023 01:35 PM
Berdaghah hidung Geng2 Forteen...

Diorang dah berbaik lama dah la. Masing2 elok je follow sesama sendiri di ig. Lelaki bergaduh kejap je
Quote Komenga 30-8-2023 08:16 AM
Sign kontrak seumur hidup pun takpe sebab he rupa sangat elok attitude pun cantik. I restu. Gitu.
Quote ina_na 30-8-2023 08:22 AM
Ok la tu dia ni berlakon pun ok..mengacara pun ok... wife dia bgs kot manage dia nye job..Tu sbb banyak leh dpt job...
Quote heythere123 30-8-2023 09:31 AM
dia berlakon best, tapi muka heols macam jantan miang
Quote aldinaa 30-8-2023 09:59 AM
heythere123 replied at 30-8-2023 09:31 AM
dia berlakon best, tapi muka heols macam jantan miang

hehe agak setuju lepas tu muka macam boy boy walaupun umur dah berapa. tapi i salute la dia nampak setia dgn isterinya walaupun wajah dikecam netizen dan belum rezeki zuriat. mungkin sbb tu rezeki izzue dari dulu tak putus. ada je muka dia di tv.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.061605 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top