Sibuk menguruskan perniagaan dan aktif membuat kandungan media sosial, pAeril Zafrel bagaimanapun memberitahu tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kerjaya lakonan. Kata Aeril, perasaan rindu untuk ke set penggambaran tetap menebal dan dia masih menerima tawaran berlakon.
"Tahun ini memang saya belum berlakon lagi. Minat dan rindu masih ada, namun saya perlu fikirkan komitmen terhadap perniagaan. "Saya tidak akan bersara dalam dunia lakonan kerana ini adalah mula nama dikenali. Kejayaan dalam bidang perniagaan sekarang ini adalah disebabkan nama sebagai artis. "Walau berjaya dalam perniagaan dan saya sudah berada pada tahap berbeza, namun lakonan akan tetap diteruskan," katanya kepada mStar.
Bercakap lanjut tentang dunia lakonan, Aeril memberitahu dia lebih memilih dalam menerima tawaran kerana perlu mengutamakan komitmen terhadap perniagaan. "Kalau terima tawaran berlakon, saya perlu fikir untuk tinggalkan dunia perniagaan buat seketika. Jadi perlu ada masa seseuai. "Saya juga lebih melihat kepada karya dan dengan siapa saya bekerja. Sekarang ini rasanya perlu rasa selesa untuk bekerja dengan orang sekeliling," ujarnya.
Mengulas tentang kemenangan pada acara tersebut, Aeril juga tidak menyangka namanya menjadi pilihan pengikut di media sosial untuk menerima anugerah berkenaan. Sebagai penghargaan dia merancang membawa seramai 40 kakitangan syarikat untuk pergi bercuti ke Korea Selatan.
"Tak sangka boleh menang kategori ini. Mungkin saya antara selebriti yang aktif membuat kandungan di TikTok sehingga dipilih untuk kategori ini. "Selepas kemenangan ini saya nak bawa kakitangan pergi bercuti. Korea Selatan antara destinasi pilihan ramai dan ada dalam kalangan kakitangan belum pernah ke sana," jelasnya. -CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|