Enggan bermusuh, Nad Zainal kini hanya ingin memberi tumpuan kepada kerjaya seninya sebagai pelakon. Dalam temu bual bersama Melodi TV3, isteri kepada aktor Ungku Ismail itu berkata, dia tidak mahu memikirkan kontroversi bermasam muka dan tidak lagi berkawan dengan rakan-rakan selebriti yang dikatakan telah hilang dari radar.
“Siapa yang masih dengan saya itu Alhamdulillah, itulah sahabat saya dunia akhirat. Siapa yang tiada itu, mungkin ada alasan tertentu yang saya tak nak kongsi. “Yang saya tahu, sekarang ini adalah keluarga saya, suami saya dan juga ada rakan-rakan, peminat. Kadang-kadang orang luar ni tengok daripada jauh sebenarnya lebih dekat dengan kita. Allah betul sayang kitalah. “Saya rasa mana yang tak ada kita kira tak adalah. Saya tak mahu mencari, saya pun tak mahu memikirkan. Saya hanya mahu fokus kepada mereka yang sayang dan bersama saya.
“Apa yang terjadi itu saya rasa faham sendirilah, saya tak nak jelas lebih lanjut. I am happy with my life now. Tak ada bermusuh, dalam industri saya nak bekerja cari duit untuk anak saya, happykan suami dan jaga diri itu sahaja,” ujarnya. Aktres ini juga menafikan dirinya terkilan apabila sering dikaitkan dengan beberapa isu kurang enak, namun akui adakalanya terasa lelah. “Bila kongsi salah, tak kongsi salah. Lebih baik tak perlu share benda yang tak sewajarnya. Saya ini hanya artis biasa, tak ada yang nak dikongsikan. “Saya utamakan mereka (peminat) yang betul-betul sayang saya.. Saya dan Ismail, tak nak serabutkan hidup kita. Bukan menjauhkan diri, cuma lebih suka kalau orang mendoakan perkara baik.. menghargai kerja kita,” tuturnya lagi. Berkongsi perkembangan terkini tentang kehidupannya bersama Ungku, Nad berkata dia sangat bahagia meniti hari-harinya disamping suami penyayang dan anak-anak. “Saya dan Ismail dah melalui fasa-fasa perkahwinan yang menggembirakan.. Kita banyak perbaiki bersama, bina keluarga bahagia bersama. Dalam fasa awal lagi yang semuanya okay. “Saya tak pernah sangkakan takdir hidup saya akan menjadi seperti ini. Banyak perubahan hidup saya ini mematangkan diri. Ada waktu jatuh, kita bangun. Ada waktu sakit, kita sihat. Bila kita susah kita nampak siapa yang betul-betul ada dengan kita. “Saya nak sangat-sangat tenang, sebab perjalanan kita jauh lagi.. Saya nak kongsikan banyak perkara pun risau sebab ada banyak kisah yang tak seronok. Jadi belum betul-betul selamat, hanya mampu untuk duduk diam sahaja, tambahnya. Nad mengakui tidak menghiraukan sekiranya hilang rakan dari radar kerana menganggap perkara tersebut seperti itu zaman sekolah. Susulan itu, aktres berkaliber Nabila Huda juga memberi respons terhadap pengakuan Nad itu yang berkata dia tidak mengenali selebriti tersebut. Sebelum ini, selebriti Sherry Alhadad juga berkata kali terakhir dia berhubung dengan Nad sebelum dia mendirikan rumah tangga. Terdahulu, Nad dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru. Rakan-rakan selebriti membuat tabung dana khas untuk membantu keluarga Nad Zainal membiayai rawatan bil hospital. Sumber: Xtra
|
ADVERTISEMENT