CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Achey Selar Kenyataan Abang Tesla "Anak Angkat Tak Sama"

28-8-2023 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14607| Komen: 85

Abang Tesla pernah mengeluarkan kenyataan enggan mengambil anak angkat kerana tak sama seperti zuriat sendiri.

Susulan itu Achey meluahkan rasa terkilan dengan kata-kata lelaki itu.

Kata Achey, ‘tambah cawangan lagi’ bukan jalan penyelesaian untuk isu anak dengan isteri pertama.


"Dia cakap anak angkat tak sama. Habis dia dengan isteri pertama? Itu bukan waris mereka berdua. Itu waris dia dengan isteri kedua. Sekarang kita nak waris dari isteri pertama tanpa kedua.

"Cerita pasal waris, boleh saja mahramkan. Carilah kakak, adik beradik atau saudara mara yang boleh mahramkan dia. Jangan putar belitkan kenyataan!

Sebelum ini, Abang Tesla tiba-tiba menafikan dakwaan yang mengatakan faktor dia bernikah sekali lagi adalah disebabkan isteri pertamanya tidak mampu memberikan cahaya mata.



Bagaimanapun, dia enggan memperincikan punca utama kerana itu cerita dalam kain dan akan membuka aib.

Sementara itu, pemilik nama Mohd Nasir Hamzah turut menyelar pendapat pencipta kandungan, Apex Sayur yang menyatakan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) sekadar pembaziran.

Tegas Achey, itu adalah satu usaha yang dilakukan oleh pasangan suami isteri yang menginginkan pewaris daripada darah daging sendiri.

"Daripada saya membazir duit buat ivf, lebih baik saya kahwin lagi satu. Saya terus astaghfirullahhalazim. Itu adalah usaha. Faham tak naluri kita nak zuriat dengan pasangan. Kita suami isteri nak waris.

"Bukan saya dengan dia tapi ada lagi seorang. Itu bukan waris daripada saya dengan isteri. Kita nak zuriat daripada yang diusahakan. Tapi kalau dikatakan membazir, itu hak awak untuk bercakap.

"Tapi bagi orang yang usahakan untuk IVF, tak kisah berhabis duit. Saya jumpa ada orang buat IVF, dia kerja kilang tau. Sebab apa? Dia nak juga anak dengan isteri.

Jadi, jangan keluar kenyataan macam itu. Daripada kau kahwin lagi, baik ambil anak angkat. Kenapa kau tak ambil anak angkat? Kalau betul nak anak sangat. Itu paling tak setuju."-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putericahaya999 28-8-2023 08:48 PM
Hmmm xda kerja la semua

At least abe tesla buat benda betul dan menyatakan dengan betul

Yg salahnya beriya2 kecek banyak patut dendiam je
Quote lanacondor 28-8-2023 08:58 PM
Betul la apa achey ckp. Sb dia kt tmpt tu. Dia kawen lama xde anak. Usaha bt ivf. Allah xbg rezeki dia amek anak angkat. Xde masalah. Lpstu mtk tolong adik beradik dia mahramkan anak angkat dia. Setel mslh. Rezeki dia melimpah ruah. Pahala dpt bela anak yatim.  
Quote arffa 28-8-2023 09:24 PM
Orang melayu je sibuk nak ada waris sebab nak wariskan harta etc. Zaman la ni ramainya pilih utk childless. Bagi aku selfish awat bini pertama kenapa nak dinafikan hak utk punya anak sendiri? Ingat bab anak ni macam shopping kat shopee hari ni order esok sampai?
Quote ___ 28-8-2023 09:26 PM
apa maksud achey sedara mara mahramkan anak angkat? untuk apa tu?
sorry kurang arif.. sesiapa boleh bagi pencerahan
Quote Suchi 28-8-2023 09:33 PM
___ replied at 28-8-2023 09:26 PM
apa maksud achey sedara mara mahramkan anak angkat? untuk apa tu?
sorry kurang arif.. sesiapa boleh ...

Jadikan anak susuan.
Cth kakak achey susukan anak angkat achey tu hingga 5 kali kenyang.
So anak dia dh jd anak susuan kakak dia,dah jadi anak sedara susuan la juga ngan dia.
Quote Peachlilac 28-8-2023 09:36 PM
___ replied at 28-8-2023 09:26 PM
apa maksud achey sedara mara mahramkan anak angkat? untuk apa tu?
sorry kurang arif.. sesiapa boleh ...

Suruh adik beradik perempuan dia susukan anak angkat tu. Lepas cukup syarat utk jadi anak susuan adik or kakak dia,tiara dgn achey dah kira takde batas aurat. Sbb diorang dah jadi bapa saudara & anak saudara susuan. Colleague kakak I pon buat mcm tu. Dia lelaki,tak kawen tapi ambik anak angkat perempuan. Dia suruh akak dia susukan anak angkat dia tu,so anak tu dah takde batas aurat dengan dia.sbb bapa angkat dgn mak susuan anak tu adik beradik
Quote Suchi 28-8-2023 09:37 PM
arffa replied at 28-8-2023 09:24 PM
Orang melayu je sibuk nak ada waris sebab nak wariskan harta etc. Zaman la ni ramainya pilih utk chi ...

Betul, bila tanak wat ivf ngn bini lebih rela kawen baru dan buat anak ngan bini baru tu mmg mcm menafikan hak bini pertama tuk utk ada ank sendiri gak.
Bebetul selfish!
Quote putericahaya999 28-8-2023 10:00 PM
Suchi replied at 28-8-2023 09:37 PM
Betul, bila tanak wat ivf ngn bini lebih rela kawen baru dan buat anak ngan bini baru tu mmg mcm m ...

Bini pun ada pilihan nak angkat kaki.... tapi bini tes la ni duk menunggu dia redha jelah tu...
Bab poligami ni kot2 mana byak sgt hujah menghalangnya
Silap la abg tesla buat content ride this issue
Patut duk diam je aman2 dgn bini2 bini1
Quote ghalibboy 28-8-2023 10:05 PM
Faham maksud Achey....jika si lelaki tidak mahu ambil anak angkat andai isteri pertama mandul, si lelaki kahwin lagi dan dapat anak
dgn isteri kedua...jadi isteri pertama selamanya tak ada  anak lah...tengok atau tolong jaga anak isteri kedua saja kalau nak rasa ada anak
Quote jejarihalus 28-8-2023 10:11 PM
Pergi mampus lah Tesla dgn bini bodoh dia Tu ..sampai kena pijak kepala pun duk diam aher
Quote sleepandream 28-8-2023 10:50 PM
alasan jer tu...
habistu org lain kawen lebih satu ramai je first wife dah ada anak...
sebab sebenar kerana kalah dgn nafsu...
kita semua kan pendosa.. dosa yg berbeza2... aaagitewww
Quote kucingitam 29-8-2023 10:03 AM
apek sayur tu dah kawin belum? semoga membujang sampai ke tua kalau tak kahwin lagi..
Quote ___ 29-8-2023 10:12 AM
Suchi replied at 28-8-2023 09:33 PM
Jadikan anak susuan.
Cth kakak achey susukan anak angkat achey tu hingga 5 kali kenyang.
So anak d ...

i see. Thanks!first time tau pasal ni

Quote Suchi 29-8-2023 10:12 AM
putericahaya999 replied at 28-8-2023 10:00 PM
Bini pun ada pilihan nak angkat kaki.... tapi bini tes la ni duk menunggu dia redha jelah tu...
Ba ...

Mungkin dia nak tunggu la kot lama mana dia bleh bertahan.
Tapi kalau dia bahagia jd lilin terpulang laa sbb si laki tu kata dia suka bini2 bersaing nk bahagiakan dia
Awal2 ni ok la kot pastu lama mana ko nak bertahan? Sementara takde alasan(anak) utk bertahan ni, buatla keputusan bijak.
Fiena nasir tu pun bertahan sbb kesian kat anak2 ujung2 dia pun tak mampu nk tipu diri sendiri lagi.
Sebelum jadi mereng cepat2 la angkat kaki.
Kawan iols penah dimadukan gak, sampai alami kemurungan bagai mujur awal juga dia blah angkat kaki.
Tu pun amik masa lama gak nak kawen baru sbb masih trauma ngn perkahwinan lepas.
Quote ___ 29-8-2023 10:17 AM
Peachlilac replied at 28-8-2023 09:36 PM
Suruh adik beradik perempuan dia susukan anak angkat tu. Lepas cukup syarat utk jadi anak susuan a ...

maksudnya lepas jadik anak susuan kepada adik beradik perempuan, bapak angkat dengan anak angkat perempuan tersebut tak batal air sembahyang lah ye kalau bersentuhan kulit? macam tu ke? kiranya taraf anak susuan adik-beradik perempuan tu sama je kan macam anak saudara kandung?
Quote Suchi 29-8-2023 10:21 AM
___ replied at 29-8-2023 10:12 AM
i see. Thanks!first time tau pasal ni


Takpe, lepas ni boleh baca lagi pasal ni. Ini pengetahuan penting juga kalau ada plan nak amik anak angkat.
Tp ini utk bayi bawah 2 tahun je tau kalau dah lebih berumur drpd tu minum susu ibu org lain tak jadikan dia anak susuan org tu.
Kalau takda adik badik yg bleh bantu, isteri tu pun blh bagi susu badan dia juga tp sbb dia tak penah mengandung/melahirkan so susu tu takde kan jadi kena amik ubat tertentu utk meransang susu tu keluar. Proses ni amik masa juga bkn sehari dua so rancangla baik2 sblm anak angkat lahir dah boleh start amik ubat.
Apa2pun boleh rujuk dengan perunding penyusuan/laktasi  utk maklumat lebih detail.
Quote zfaz010 29-8-2023 10:24 AM
___ replied at 29-8-2023 10:17 AM
maksudnya lepas jadik anak susuan kepada adik beradik perempuan, bapak angkat dengan anak angkat p ...

Yer.. Betul..
Dia jadi mcm bapak sudara kepada anak susuan tu.. x batal air sembahyang.
Quote rifaa 29-8-2023 10:26 AM
teslah ni mcm ex biras iols...nak darah daging sendiri xnak anak angkat
dah dekat 10thn kawen masih xde zuriat...
Quote lifeline 29-8-2023 10:27 AM
lanacondor replied at 28-8-2023 08:58 PM
Betul la apa achey ckp. Sb dia kt tmpt tu. Dia kawen lama xde anak. Usaha bt ivf. Allah xbg rezeki d ...

hurmm iols teringin jugak nk amik anak angkat
cuma xde keberanian plus mybe tak terbuka hati lg kot
hurmmmmmmm

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.159002 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top