Michael Ang sekali lagi bersuara, mengkritik pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Abang Tesla berhubung dakwaannya akan meminta maaf kepada isteri pertamanya setiap hari sekiranya melebihkan masa bersama isteri kedua.
Kata pengarah itu di Instagram, dia tergerak untuk membuat hantaran luahan pendapatnya itu selepas ternampak jawapan Abang Tesla lalu di TikToknya. Marah betul Michael dengan Abang Tesla yang dikatakannya 'ada hati nak kahwin dua sedangkan tak reti nak jadi adil'. "Bodoh juga jantan jongang ni. Meh sini aku aja! "(Isteri) nombor 2 kau bagi cincin, cinta, kucupan, Tesla dan seminggu jumpa setiap seorang (isteri) tiga hari. "Ada satu hari lagi tu kau duduk diam-diam seorang diri kat mana-manalah," saran Michael kepada pempengaruh itu. Bagaimanapun, tindakan Michael menyebut Abang Tesla sebagai si jongang mendapat teguran daripada warganet kerana disifatkan mengamalkan sikap ‘bodyshamming”. Bak kata, Michael, nak jadi adik pun kena diajar ke? - CARI
|
ADVERTISEMENT