Sejak kebalakangan ini, isu poligami menjadi topik hangat dibincangkan di media sosial susulan kenyataan pempengaruh bergelar Abang Tesla di TikTok yang berkahwin lagi susulan mahu memiliki zuriat sendiri.
Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon kacak Edika Yusof yang menyuarakan pandangannya berhubung isu poligami. Tegasnya, dia bersyukur isterinya hanya seorang dan dia mahu menjaga isterinya yang lumpuh itu sebaik-baiknya. Pelakon itu mendedahkan, dia pernah disaran ibunya supaya berkahwin lagi demi menjaga anak-anak masih kecil berikutan keadaan kesihatan isterinya yang kurang baik, tetapi pelakon itu menolak permintaan tersebut.
Katanya, dia menolak daripada menuruti permintaan ibunya kerana mengenangkan zaman kanak-kanaknya menyaksikan ibunya ditinggal suami kerana berkahwin lain dan dia tidak mahu isterinya melalui hal serupa. Ramai warganet suka mendengar jawapan Edika itu dan berpendapat bahawa dia merupakan satu dalam sejuta lelaki yang ‘mahal’ dan sukar ditemui. - CARI
|
kucingitam replied at 28-8-2023 12:41 PM
hensem cam edika ni pun takde nak curang, poligami..
chanteksekali replied at 28-8-2023 01:05 PM
Tp ngeseks blh on ke atau acaner eh mmg dah lama nak tanya tauuuu
matjerk replied at 28-8-2023 04:16 AM
Dah la hensem.. anak2 dia menurun tak gen helok dia ni?
dewi_rina replied at 28-8-2023 02:53 PM
Tapi muka wife dia pun lawa, manis je.. muka melayu klasik
ADVERTISEMENT