Nazim Othman menjadi perhatian ramai sewaktu memperagakan busana daripada satu jenama tempatan di pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2023 baru-baru ini. Ketika memperagakan pakaian berona hitam itu, Nazim dilihat mengenakan seluar jarang sehingga menampakkan boxer yang dipakai.
Seksi dan ada mata-mata netizen sampai naik ‘berbulu’ melihat penampilan berani jejaka tinggi lampai itu. Tapi apa yang menarik perhatian penampilan Nazim yang siap mengenakan mahkota atau tiara dikatakan menyamai imej seperti pondan.
|
ADVERTISEMENT