Enot tampil membidas ‘kaki’ fitnah yang terdiri dari golongan yang mengenakan hijab labuh agar berhenti menjadi toksik! Dia juga sempat meminta agar netizen mengemukakan bukti sekiranya selama ‘kehilangannya’ dalam industri seni, dia dan individu yang didakwa kekasih sejenisnya itu hidup bersama.
“Ayat yang bercakap macam korang lah perfect! Yang mengata bukan main semua pakai tudung labuh tapi mengecam orang… anak perempuan ramai agaknya tak takut agaknya cakap macam tu. Kalau Allah tu nak duga baru kau tau macam mana. “Patutnya doakan yang baik-baik, ni tak cakap aku macam-macam. Cakap aku dengan Z nampak lagi kuat (hubungan) memanglah dah dia bff aku aku dari sekolah. Dah 26 tahun dah kawan, agak-agaklah.
“Ada bukti ke aku ni hidup dengan dia macam laki bini? Tak ada bukti jangan main sebut je. Yang tempuh kehidupan ni aku bukan korang jadi jangan cakap macam-macam, macam lah aku tak ada perasaan. Buanglah otak toksik korang tu jauh-jauh ye. Hidup please positif okay. Aku senyap bukan sebab aku kalah tapi aku tak mengaibkan sesiapa. “Alhamdulillah yang berfikiran kolot tentang aku, biar Allah je jawab untuk korang #bukanmarahtapimeluahkan,” katanya. Menerusi hantaran yang berlainan pula, Enot menegaskan dia enggan memberikan apa-apa penjelasan lanjut berhubung status hubungannya bersama kekasih hati yang dikenali sebagai Mr. Secret dek kerana menganggap tahun ini adalah tahun di mana fitnah dan sihir semakin berleluasa. Katanya, dia sudah tidak kisah dengan kata-kata makian yang diberikan termasuklah tuduhan yang mengatakan dia menayang kekasihnya itu semata-mata mahu menutup fitnah. “Wow! Hebat kau orang semua, patutnya doakan yang baik-baik untuk orang lain kerana besar nikmatnya. Tapi, kenapa ada yang mengeji dan menghina aku cakap macam-macam? Sebab tu aku rela cakap dengan kucing dari cakap dengan orang yang takkan faham situasi orang tu. “Cakaplah apapun kau orang dengan mindset macam tu, sekarang tahun 2023 dua benda je berleluasa fitnah dan sihir. elok orang tu berjanggut kau kata perempuan fitnah dah tu. Tak kan aku nak tunjuk burung pula? Nanti kau orang kata buat operation lah.. jadi jalan dia tak payah cakap atau explain apa-apa. “Teruskan membuat dosa inshaa-Allah aku akan diberikan nikmat dari fitnah dan cacian kau orang. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah pengakhiran setipa orang tak sama, aku bersyukur sentiasa diberikan ujian kerana aku tahu Allah sayang dekat aku! Biar hina disisi manusia jangan hina disisi Allah!,” ujarnya. Dalam pada itu, Enot turut memuat naik fotonya bersama Mr. Secret beserta kapsyen manis untuk mereka berdua. “Bertabahlah, walau apa pun terjadi mulut orang kita tak boleh nak tutup! I need you beside me #mrsecret,” tulisnya. -CARI Sumber: XTRA
|
ADVERTISEMENT