Pelakon Dottie mendedahkan dia dan bekas suami, Mohd Haffis Abu Hassan sejak tiga tahun lalu. Dottie bagaimanapun enggan berkongsi lebih terperinci mengenai perpisahan tersebut selain ingin melupakan kisah perkahwinan lalu.
"Iya, saya dah cerai tiga tahun lalu. Saya pun tak ingat secara terperinci. Benda tak best, tak perlu ingat," kata wanita berusia 35 tahun itu. Spekulasi mengenai keruntuhan rumah tangga Dottie mulai diperkatakan apabila dia tidak lagi memuat naik gambar bersama suami di media sosial. Dalam pada itu, kata Dottie lagi, walaupun sudah tiga tahun berlalu namun dia masih belum bersedia untuk mencari teman hidup baharu dalam masa terdekat. "Tiada orang tanya jadi saya pun tak bercerita. "Buat masa sekarang saya nak bergembira dulu. Belum sedia nak cari pengganti," katanya. Untuk rekod, Dottie mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2016. |
Pelakon Dottie mendedahkan dia dan bekas suami, Mohd Haffis Abu Hassan sejak tiga tahun lalu.
ADVERTISEMENT