Pelakon, Wafiy Aan, 21, mengambil pendekatan untuk merahsiakan dan tidak berkongsi cerita percintaan kepada umum lebih-lebih lagi di media sosial. Kata peserta program Real Men Malaysia: Wira Merah itu, tindakan tersebut adalah untuk menjaga privasi kedua pihak dan melindungi hubungan mereka dari sebarang perkara yang tidak diingini.
“Ada atau tidak (teman istimewa) saya tak akan kongsi di media sosial. Ramai kawan saya yang kongsi percintaan mereka selepas satu atau dua minggu menjalinkan hubungan istimewa. Saya tidak akan buat begitu. “Kalau ada yang tanya pasal kekasih, saya tak akan jawab. Yang tahu, biar tahu. Yang tidak… tidak. Hubungan (cinta) tak selamat kalau dicanang di media sosial,” katanya. Disoal tentang kriteria pasangan yang diinginkan, Wafiy atau nama sebenarnya Mohd. Wafiy Ilhan Johan memaklumkan yang diutamakan adalah memahami dirinya dengan seadanya.
“Dia kena faham kerja saya sebagai pelakon. Itu paling penting. “Tapi masih awal bercakap soal pasangan atau jodoh kerana masa saya masih panjang. “Saya tak letak apa-apa target untuk tamatkan zaman bujang. Jadi saya punya masa lebih lama untuk cari pasangan yang betul-betul sesuai dengan saya,” jelasnya. Sumber: Utusan |
ADVERTISEMENT