CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Buat IVF Mahal Baik Kahwin Satu Lagi Untuk Anak" - Michael Ang Bengang Dengar Penjelasan Abang Tesla

27-8-2023 08:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6610| Komen: 7

Sebelum ini, pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Abang Tesla menafikan dakwaan yang mengatakan faktor dia bernikah sekali lagi adalah disebabkan isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari tidak mampu memberikan cahaya mata.


Menurut Abang Tesla, soal zuriat bukan menjadi punca utama memandangkan isteri pertamanya sebelum ini pernah hamil tetapi mengalami keguguran.


Berikutan daripada pendedahan tersebut, pengarah Michael Ang meluahkan pendapat peribadinya berhubung kisah rumah tangga pasangan viral itu.

Menurut Michael Ang, kenyataan yang dikeluarkan oleh Abang Tesla dalam program poadcast bersama Caprice didakwa tidak masuk akal. Ujar Michael Ang, wanita bukan kilang untuk membuat anak. Tambahnya, alasan yang diberikan oleh Abang Tesla untuk berpoligami sangat tidak wajar dan sukar untuk diterima.

"Pertama, dari buat ivf mahal baik kahwin satu lagi untuk anak! Kau ingat perempuan kilang buat anak! Kedua, dah lama cinta bila kahwin tak ada spark, bila dah kahwin nombor dua mula hargai nombor satu. 


"Kalau macam itu jangan kahwin. Alasan paling bodoh untuk kahwin satu lagi. Ketiga, isteri pertama pun bodoh juga beri penjelasan suami dah tak ada rasa cinta dan spark. Kalau bagi kahwin satu lagi baru akan ada spark balik dan dihargai. Ini alasan bagi budak-budak candy supaya jangan menangis.

"Keempat, bini nombor dua pun angau sangat sanggup kahwin. Kalau bini pertama boleh kena macam itu apa jaminan cinta itu tak akan hilang bila nak nombor tiga. Kelima, dah buat pemeriksaan doktor dan confirm isteri tu tak boleh ada anak atau lelaki yang bermasalah. 

"Keenam, anak angkat tak sama dengan anak sendiri. Kenyataan ini saja dah red flag menunjukkan mentaliti yang pentingkan diri sendiri dan tidak pandai mencintai seseorang untuk jangka masa panjang. Orang macam ini hanya pentingkan diri sendiri dan tidak fikir perasaan orang lain," katanya.


Secara kesimpulan, Michael mendakwa segala yang dinyatakan oleh Abang Tesla itu sekadar alasan untuk mendapatkan peluang berpoligami. Tambah Michael, dia tidak kisah lelaki tersebut ingin berkahwin ramai tetapi jangan bawa keluar kenyataan yang tidak masuk akal!

"Nak kahwin satu ke sepuluh ke hak kau orang. Tapi bila keluar kenyataan bodoh dan alasan bodoh lagi baik diam!" kata Michael lagi.


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nur123 27-8-2023 08:45 PM
apex sayur yg ckp IVF Mahal Tu. tp memang sakit hati ngan budak Tu.
Quote krustykrab 27-8-2023 08:48 PM
Tiberr dgn bini baru pun tk beranak...mana la nk sorok muka
Quote missHaidiD 27-8-2023 08:58 PM
Sibuk pulak si ponen nk mencabup berhari2 kesah abg tesla.  Lantak dia la.  Bkn dia aniaya 1st wife dia cm sol buat kt ps.  Dia mampu.  Gi mamps la dia nk kawen 4 pun
Quote hollahop 27-8-2023 09:01 PM
Apek sayurnyg ckp gitu. Ivf mahal katanya. Padahal dia dah ada anak, dia xrasa pun penantian menunggu anak tu mcm mana. Then famly dia ramai polygamy, so dia nampak keseronokkan polygamy. Maybe sebab dia lelaki taguna. Hahahaha

Rata2 kawan i hasil dr perkhawinan polygamy ni sekua xsokong polygamy, yg perempuan akan berhati2 cari pasangan, yg lelaki akan lebih mengharagai pasangan diorang paling nak elak polygamy ni. Sebab apa, sebab diorang witness segala kecancuharan hati mak diorang, diorang witness ketidak adilan bapak diorang. Diorang sendiri kurang kasih syg dr bapak diorang.
Quote nurul_akmar 28-8-2023 08:03 AM
sumenya bermula dari abg tesla tu. patut ko xyh pos hal peribadi ko dekat medsos. pos je pasal tesla ko tu. pastu ko nk kawen 4 pon xde sape heran. sbb ko mampu kan. ko pon xpayah guna ayat2 agama nk menghalalkan ko kawen 2 tu.. dh mmg boleh pon. tp puncanya sbb ko pos. tu yg ramai menyinga tu. elok2 dh reda, ko p join podcast si caprice pulak. pastu ayat2 yg kuar dr mulut ko tu sume redflag.. patutnya ko senyap2 je duduk umah ulit bini kedua n hargai bini pertama. tp tu la.. ko xnk..
Quote casper2022 28-8-2023 02:55 PM
xphm knp rmi nk bitter kes tesla ni.si wife redho je laki dia kawen lain. Outsider xperlu la kot nk msuk cmpur. bkn si tesla ni buat kes jenayah mcm scam org rmi ke. dia nk post apa2 pon tu medsos dia. xperlu nk popularkan org mcm ni. & xphm knp nama dia abg tesla. brp bijik tesla dia ada? patut abg tesla tu elon musk.
Quote akuHavocczz 28-8-2023 03:15 PM
Tak.. yang dia ni 24 jam nak buat statement pasal brother tesla tu pulak dah kenapa? Kau bini dia tersakiti ke apa

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.048230 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top