CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kurus Sikit Je Potong...’ – Awal Ashaari

27-8-2023 05:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4090| Komen: 2

Menerusi temu bual bersama Melodi, pelakon dan pengacara Awal Ashaari tampil menjawab dakwaan netizen mengenai isu berat badannya.

Menurut Awal, dia berjaya menurun berat badan sebanyak 10 hingga 11 kilogram. Ujar Awal, kesedaran mengenai berat badan itu timbul selepas beratnya naik mendadak semasa pandemik Covid-19.



"Sejak daripada pandemik itu, berat badan naik yang mendadak. Daripada situ timbul satu kesedaran dan saya perlu tukar kehidupan saya secara 360 darjah," katanya.

Disoal sama ada mengalami masalah kesihatan atau melakukan pembedahan usus, bapa kepada dua orang cahaya mata ini berkata soalan tersebut sangat sensitif.

"Bagi saya ini soalan sensitif. Saya ada baca dua tiga orang selebriti nak ambil tindakan kerana netizen mempertikaikan macam mana mereka kurus. Benda macam ini agak sensitif kerana selebriti milik orang ramai. Saya ada inisiatif saya sendiri. Memang saya pasang niat untuk memperbaiki mutu kehidupan saya.


"Berat saya nak dekat 90 kilogram. Metabolism badan saya jadi rendah sehingga nak main dengan anak pun rasa mengah. Isteri saya punya stamina tinggi dan saya punya rendah. Benda macam ini membuatkan saya fikir tidak boleh jadi. Oleh sebab itu, saya ambil inisiatif memperbaiki kehidupan saya dan mutu yang baik bersama anak-anak. Saya nak berat badan yang saya inginkan," ujar Awal.


Tambah Awal, bukan semua individu sesuai melakukan pembedahan. Bahkan, terdapat pelbagai cara lain untuk kurus.

"Kurus sikit je potong. Kau ingat tak ada jalan lain ke? Orang kita bila sesuatu drastik yang jadi dengan selebriti, mereka selalu akan berkata ambil jalan mudah. Sebenarnya banyak lagi jalan lain yang mungkin boleh dilakukan. Sesetengah orang tak sesuai buat pembedahan tetapi sesuai ambil suntikan dan sesuai dengan diet. Terpulang kepada indvidu tersebut.

"Kalau orang itu nak buat pun itu hak dia. Badan dia dan duit dia. Apapun bertanggungjawab atas diri sendiri asalkan kita tak menyusahkan orang lain," katanya.


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 27-8-2023 06:12 PM
biasalah....netizen kn bodoh..asal kurus je,dikatanya potong
x penah dgr psl HCG? Saxenda? klinkk estetik byk je slimming prog... so kampung.com punya netizen
Quote lasagna 28-8-2023 08:34 AM
tp mmg awal muka kembang juga skrg..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.041670 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top