Bekas pengacara, Marion Counter, 43, mengakui kepercayaan antara dia dan suaminya, SM Nasarudin SM Nasimuddin, 40, menjadi asbab kepada keutuhan perkahwinan mereka yang kini berusia 13 tahun.
Kata Marion, perkara itu perlu disemai agar perkahwinan dan hubungan suami isteri dapat bertahan. “Penting untuk kita percaya kepada pasangan kita. Kesibukan kerja membuatkan saya sering ke sana sini tanpa ditemani suami. Begitu juga dengan dia, yang sibuk dan tidak selalu ditemani saya. “Saya tak mungkin dapat tidur malam dengan tenang kalau saya tak percayakan suami sendiri. Ada rakan saya yang hidup mereka tak tenang kerana asyik risau apabila berjauhan dengan suami. “Saya tak boleh hidup begitu. Saya perlu tahu, dia okey ketika saya tak berada di sisinya. Jadi, saling percaya antara suami isteri memang penting,” katanya.
|
timah03 replied at 27-8-2023 07:49 AM
Perempuan lindungan kaabah kan kena lempang dgn dia ni...?
Ahriman replied at 27-8-2023 04:01 PM
Tak menjadi mix anak depa ..tkpe dek duit banyak bole la repair mana yng patut...
Ahriman replied at 27-8-2023 04:01 PM
Tak menjadi mix anak depa ..tkpe dek duit banyak bole la repair mana yng patut...
ADVERTISEMENT