Datuk Seri Siti Nurhaliza, 44, hanya berpeluang menikmati hidangan ayam goreng KFC ketika dia berusia 14 tahun iaitu dua tahun sebelum bergelar penyanyi. Siti yang tampil membuat persembahan di Konsert Kepci Music Fest di Stadium Malawati, di sini, malam tadi berkata, itu pun kerana abangnya, Ayie ketika itu sudah menjadi penyanyi dan dia serta adik-beradik lain berpeluang mengikutnya ke Kuala Lumpur untuk makan di restoran KFC.
"Maknanya, kami ada alasanlah untuk datang ke Kuala Lumpur. Waktu itu, KFC belum ada lagi di Kuala Lipis. Jadi, kalau nak makan KFC, kena turun ke Kuala Lumpur lah. "Itulah detik yang saya takkan lupakan dan tak dinafikan, KFC sudah menyinari seluruh penggemar ayam goreng, termasuklah saya," katanya. Dalam pada itu, Siti teruja dengan sambutan hangat 8,500 penonton yang hadir menyaksikan konsert berkenaan malam tadi.
"Alhamdulillah, konsert ini mendapat sambutan hangat. Selepas ini saya akan berada di Larkin, Johor Bahru. Harap sambutannya akan seperti ini juga. "Saya melihat, kalau dulu kita cuma fikir KFC serasi sebagai makanan. Tapi, kali ini berbeza sedikit kerana ia muzik dan juga makanan. "Makanan dengan muzik ini tak ada beza. Kedua-dua perkara ini membuatkan kita gembira. Saya sendiri pun pencinta makanan. "Jadi, bila kita suka makan, kita mendengar muzik yang bagus, kita gembira. Kita perlukan benda-benda positif dalam hidup ini kerana terlalu banyak perkara yang membuatkan kita tertekan," katanya. Katanya, dia juga gembira melihat sambutan peminat pelbagai artis termasuklah artis-artis yang semakin meningkat naik. "Seronok sebab dapat lihat ramai juga peminat artis-artis yang meningkat naik dan digemari anak-anak muda. Jadi, saya 'menyelitlah' juga," katanya. Sementara itu, Siti kini menanti tarikh untuk mengeluarkan album terbarunya, Sitism dalam format album fizikal. "Album penuh saya akan dikeluarkan dalam bulan depan. Pra-pesanan sudah dibuat sebanyak dua kali dan sambutannya juga menggalakkan. Semuanya habis terjual. "Memanglah kalau diikutkan, zaman sekarang orang dah tak guna cakera padat (CD) dah. Tapi, saya keluarkan juga CD sebab saya rasa ada yang suka menyimpan sebagai koleksi istimewa. "Yang paling menggembirakan saya adalah apabila saya dapat selesaikan album saya. "Empat lagu dalam album ini, dipanggil Deluxe. Saya rasa, Abang Awie (Datuk Awie) dah pecahkan rahsia dah. Satu lagi bersamanya dan tiga lagi adalah lagu-lagu yang saya rasa antara yang terbaiklah," katanya. Selain Siti, Konsert Kepci Music Feat turut menyaksikan barisan artis popular tanah air yang membuat persembahan antaranya Misha Omar, Datuk Amy Search, Ella, MK K-Clique, Coex dan ramai lagi. Acara di lokasi pertama itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Sumber: Harian Metro |
Perawankota replied at 27-8-2023 05:15 PM
Polis memang hidup susah ke? Ke sebab masa dia kecik2 Kuala Lipis tu tak der kepci lagi?
dewi_rina replied at 28-8-2023 03:13 PM
iols paling suka mashed potato dia, beli yg kecik sedap.. beli yg besar tak best sbb tak cukup nak m ...
Heydidle replied at 28-8-2023 07:14 AM
Coleslaw kfc pun sodap
ADVERTISEMENT