CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Cukup-cukuplah"- Ruhainies 'Annoyed' Isu Abang Tesla

26-8-2023 09:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5489| Komen: 6

Pelakon Ruhainies meluahkan rasa kurang senang apabila berita mengenai seorang pempengaruh dikenali sebagai Abang Tesla sering keluar di ‘timeline’ media sosial miliknya sejak beberapa hari yang lalu.


Menerusi hantaran di Instagram Stories, Ruhainies berpendapat orang ramai hendaklah berhenti daripada terus bercakap mengenai kisah Abang Tesla yang bernikah sekali lagi.


Malah, Ruhainies berkata, sekiranya pempengaruh itu mahu berkahwin lagi, dia tidak perlu menjadikan berita pernikahannya sebagai konten.

"Rasanya dah lima hari isu Abang Tesla itu tak berhenti lalu dekat timeline saya. Annoying (menyampah) tahu tak. Cukup-cukuplah.

"Nak kahwin dua, tiga, empat pun ikut suka hatilah. Tak perlu semua perkara nak dimuat naik. Tak suka tahu tak. Stress dan annoying.

"Bagi kenyataan pun menyakitkan hati dan kurang bijak," tulisnya.

Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, aktres itu berkata dia berasa ‘turn off’ dengan sikap Abang Tesla yang menggunakan pasangannya sebagai konten di media sosial.



"Dia sendiri post selepas itu dia sendiri stress sebab kena kecam. Omg (Oh my god), lelaki macam ini sangat major turn off (tidak suka).

"Gunakan pasangan untuk konten TikTok dia. Ingat perempuan ini status ke? Jika awak (isteri pertama) tidak gembira, tinggalkan dia sahaja," tulisnya lagi.

Terdahulu, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam mengejutkan pengikutnya apabila dia mengumumkan telah bernikah sekali.

Menurut Abang Tesla, perkahwinan keduanya telah mendapat restu daripada isteri pertamanya dan akui reda dengan pernikahan tersebut.

Bagaiamanpun, tindakan pempengaruh berasal dari Johor itu telah mengundang rasa marah dalam kalangan wargamaya terutama golongan wanita.


Sumber: Oh Bulan 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 26-8-2023 09:07 PM
Uih marahhhh. Mcm tak pernah lagi dia ni lepas geram mcm ni kat soc med? Ada ke?
Quote slyfynx 26-8-2023 09:18 PM
Tp kitorang ialah annoyed dgn ko dan family ko jgk
Quote sleepandream 26-8-2023 09:53 PM
tapi iols tergelak tengok parodi2 dkt tiktok pasal abang tesla tu...
Quote zuriey 26-8-2023 10:52 PM
ko menyondol laki org juga ke
Quote aemon 27-8-2023 12:26 AM
Dia igt mr elf x jadi kot
Quote ren14 28-8-2023 03:17 PM
sama je macam orang annoyed dengar cite pasal jantan ko dulu kemotttt

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.063187 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top