Pelakon senior, Anne Abdullah, 50, menegur segelintir netizen supaya tidak mencarut dan menjaga bahasa yang digunakan ketika meninggalkan komen di media sosial. Menurut Anne, sebagai orang Melayu dan beragama Islam, kita kaya dengan adab dan budi bahasa termasuk ketika berinteraksi di alam maya.
"Saya faham dia (netizen) terbawa-bawa dengan emosi sebab marah dengan watak Anom (lakonan Putri Aishah) yang juga karakter antagonis dalam drama bersiri Rajuk Karina itu. "Dia marah mungkin kerana dia sangat taksub dan menyampah dengan watak serta pengikut setia drama itu dari awal lagi. "Namun, gunalah bahasa dan kata-kata yang baik kerana setiap tulisan itu akan mencerminkan diri seseorang dan ditanya juga di akhirat kelak," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Anne berkata demikian ketika diminta mengulas perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG) berhubung komen mencarut dan bahasa kesat yang ditulis segelintir netizen membabitkan drama Rajuk Karina yang disiarkan slot Akasia TV3.
Mengulas mengenai drama bersiri Rajuk Karina pula, kata Anne, dia bersyukur kerana drama bersiri lakonannya itu memberi impak pada penonton. "Saya melakonkan watak Asmah, ibu mentua yang 'mulut puaka' dan watak antagonis itu memang wujud dalam masyarakat kita. "Anom adalah menantu pilihan Asmah. Watak Anom, Saiful (lakonan Nazim Othman) dan Asmah adalah katakter antagonis dalam drama ini yang mendapat sambutan hangat daripada penonton,"katanya. Ditanya kekuatan drama itu, kata Anne yang sudah lebih tiga dekad berlakon, drama Rajuk Karina juga ada kelainan yang mampu menarik penonton untuk kembali menonton drama Melayu di televisyen. "Saya juga mendapat maklum balas daripada penonton dan pengikut di Instagram yang tidak sabar untuk pulang ke rumah kerana ingin menonton drama ini (Rajuk Karina) pada setiap hari. "Berbanding drama lain, cerita Rajuk Karina ada kelainan kerana memaparkan cerita pasangan yang sudah berkahwin tapi kemudian bercerai," katanya. Sumber: Harian Metro
|
virgocircus replied at 26-8-2023 06:00 PM
Yg byk komen mencarut tu guna fake acc a.k.a burner
LadyCarefree replied at 27-8-2023 08:42 AM
Siapa pulak acik gundu ni?
stingerbumpy replied at 27-8-2023 07:44 AM
Bahasa iteww jaga....peradaban melambangkhen ketamadunan...
Done fardhu kifayah
LadyCarefree replied at 27-8-2023 08:59 AM
[gun.du] | ݢوندو
Definisi : 1. buah yg keras (dipakai dlm permainan), guli; 2. sesuatu spt ...
stingerbumpy replied at 27-8-2023 08:31 AM
Gundu# guli tentunyer tidak boleh digunapakai utk ayat ko iteww kerana tidak menepati konteks pen ...
ADVERTISEMENT