Penyanyi Amelina atau nama sebenar, Norazlina Amir Sharipuddin, 49, mengaku tidak pernah memberi persembahan melampaui batas, malah, sentiasa menitikberatkan budaya sopan dalam berpakaian.
"Dari dahulu orang kaitkan dangdut dengan gelek, tarian agresif dan nilai negatif lain. "Namun, sejak saya perjuangkan dangdut, tiada gelek atau sebarang unsur lucah yang dibawa. Mungkin ada sedikit goyang, tetapi, hendak gelek macam gerudi, tidaklah. "Namun, lumrah mentaliti orang, kalau tiang dipakaikan skirt pun boleh dikatakan seksi. "Bagi saya, dangdut tiada unsur negatif seperti disangka. Lagipun, setiap penyanyi ada karakter sendiri dalam membawa irama dangdut. Samalah juga dengan genre muzik lain," katanya. Baginya, kerjaya sebagai penyanyi dangdut memberikan rezeki untuk membesarkan enam anak secara sendirian tanpa suami. "Dangdut tetap ada sampai sekarang. Kalau tidak, bagaimana saya bertahan? Saya pernah 'hilang' selama 15 tahun. Jadi, kalau orang kata dangdut sudah tiada, bagaimana saya sara anak-anak?
"Sudah bertahun saya bergelar janda. Sampai sekarang dangdut ada kelompok peminatnya sendiri," katanya yang laris memenuhi undangan membuat persembahan oleh badan korporat.
|
Kentot_Wangi replied at 26-8-2023 07:09 PM
Xyah la gelek2.. Tua dah. Xssuai...
jambatannetizen replied at 27-8-2023 07:20 AM
Umur sheols berapa?
ADVERTISEMENT