Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan individu dipercayai ahli keluarga bekas madunya iaitu Ira Kazar ada meminta untuk bertemu dengannya selepas menjentik dirinya di media sosial. Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, wanita berkenaan hanya berlakon menjadi mangsa keadaan kerana selepas tidak mengakui bercerita tentang dia di media sosial.
Sebaliknya bekas isteri pertama pengarah Syamsul Yusof itu meminta individu tersebut bercakap dengan peguamnya. "Sekarang nak tunjuk jadi mangsa pula... katanya tidak pernah bercerita tentang saya. "Nak jumpa dengan saya? Maaf, cakap sahaja dengan peguam saya. Kita jumpa di mahkamah nanti," katanya. Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu. Dalam pada itu, aktres berkenaan turut menasihatkan individu terbabit tidak bercerita di media sosial bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.
Menurut Puteri Sarah, dia tidak akan mula bertindak sekiranya tidak diganggu dan memberitahu dirinya sudah move on dengan kehidupan sendiri. "Kalau awak tidak mulakan, saya tidak akan bertindak. Saya sibuk dengan bisnes, sebulan dua pergi balik Jakarta tak ada masa nak berdrama cari fasal. "Lain kali nak bercerita buruk sila mengumpat di rumah saja bukan di media sosial... jangan dijolok sarang tebuan. “Orang dah move on tak perlu nak ungkit semua cerita," ujarnya. Pada Jumaat, Puteri Sarah mendedahkan ada menerima pesanan mesej daripada peminatnya yang memberitahu individu itu menjaja cerita meskipun sudah menarik balik saman terhadap mereka sebelum ini. Malah pelakon drama Andai Itu Takdirnya memberitahu dia bakal mengambil tindakan untuk membuat laporan kepada majikan wanita itu yang merupakan seorang ejen insurans. Sumber: mStar |
syamzana: lainkali kalau nak umpatan uol ...
smudger01 replied at 26-8-2023 03:05 PM
Takde pasal cari pasal. Generally speaking, aku serius tak faham org yg berkerjaya, tak kisah la gom ...
tay22 replied at 26-8-2023 03:17 PM
Masa hangat months back, selalu wonder apasal siblings PS ni tak de backup kaw2 PS ni kat social med ...
ADVERTISEMENT