CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zoey Rahman Rasa Terkilan Disebalik Kejayaan Bisnes?

26-8-2023 01:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8490| Komen: 10

Pelakon, pengacara dan juga usahawan, Zoey Rahman memanjatkan kesyukuran kerana usahanya dari bawah membina perniagaan selama ini mula membuahkan hasil.

Zoey, 38, berbangga apabila perniagaan produk kecantikan dan penjagaan kulit yang mula diusahakan pada 2018 lalu, kini berjaya menembusi 110 cawangan kedai barangan kesihatan terkenal di seluruh Malaysia.



"Saya amat bersyukur dan kadang-kadang rasa macam nak menangis membayangkan betapa sukarnya sewaktu saya memulakan perniagaan ini dulu. 

"Berbekalkan modal yang saya kumpul hasil keringat berlakon dan mengacara digunakan sepenuhnya untuk hasilkan produk ini secara perlahan lahan. 

"Waktu itu hanya saya, pengurus dan bantuan seorang sahabat yang mahir berkenaan laman web (sesawang) dan grafik, kami gerakkan perniagaan ini. Alhamdulillah walaupun masih merangkak ia berjaya ke tahap ini," katanya. 


Dalam pada itu,  Zoey mengakui terkilan kerana perjalanan perniagaannya seolah tidak dipandang pihak kerajaaan atau badan yang menatakelola bantuan geran perniagaan dan sebagainya. 

"Bohonglah kalau saya kata tidak memerlukan bantuan mereka, kalau tidak macam mana saya nak kembangkan perniagaan saya ke peringkat lebih tinggi.

"Semangat saya berkobar apabila produk kosmetik pertama keluaran syarikat, Mikaglo – Tinted Glowing Powder mendapat pengikhtirafan sebagai 'Most Wanted' produk (In Recognition Of The Products Outstanding Performance In Watsons), baru-baru ini.

"Pengikhtirafan diterima buat saya rasa bangga kerana produk tempatan berjaya bersaing dengan produk kosmetik antarabangsa yang berada dalam senarai jualan  di seluruh Malaysia," katanya. 

Berbicara mengenai karier seninya, Zoey mengakui dia masih aktif dan berminat untuk meneruskan bakat dalam lakonan dan pengacaraan sekiranya mendapat tawaran sesuai.

"Cuma masalahnya ialah tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa saya dah jadi usahawan dantak nak berlakon lagi. Malah, saya juga didakwa meminta bayaran agak tinggi," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 26-8-2023 01:45 PM
Apasal muka mcm pompuan?
Quote slyfynx 26-8-2023 02:19 PM
"Berbekalkan modal yang saya kumpul hasil keringat berlakon dan mengacara digunakan sepenuhnya untuk hasilkan produk ini secara perlahan lahan.


"hasilkan" la sangat
Quote Cenderakirana9 26-8-2023 03:08 PM
Nampak macam ramai bagi feedback positive kat produk beliau ni. Tak pernah try tapi kalau betul la produknya berkualiti, then bagus lah
Quote lanacondor 26-8-2023 03:44 PM
Heols pnh dtg rumah meolz dlo ms arwah ayah meninggal. He's so humble ye.. mak meolz bg mkn kt lantai pon heols ok.. xde kekwat nk mkn kt meja.
Quote kashaz 26-8-2023 03:53 PM
Klu masuk Watson tu, kiranya bukan timbang kilo ke? Dia rajin live kat Shopee, tp bukan vibe friendly. Tapi Izzue frenly melayan..Maria Farida pun comel2 je.
Quote kashaz 26-8-2023 03:53 PM
But testimonial Mika Series ni mmg ok mostly. Iols pun mcm nak try sunscreen dia..
Quote virgocircus 26-8-2023 04:52 PM
Dia ni asal kuar news pasal dia...mmg sampai bila2 aku teringat porumer yg bukak thread pasal nak kutip utang dari dia... Bila dah bukak benang, dan2 dia byr mamat tu... Lol
Quote alieyrina 26-8-2023 05:01 PM
1st time ku dgr nama poduk dia tu harini
Quote ladybugz 26-8-2023 10:37 PM
lipmatte dia kurang sikit bg i. ada bau n texture yg i x suka. tp sunscreen dia not bad at all.
Quote sharlenetexas 26-8-2023 10:49 PM
Iklan billboard haram ke?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.191200 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top