CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rosyam Nor Nafi Cucuk Botoks Nak Nampak Muda

25-8-2023 10:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 14163| Komen: 11

Pelakon, Datuk Rosyam Nor menolak dakwaan kononnya melakukan pembedahan plastik dan suntikan botoks untuk kelihatan muda berbanding usia sebenar.

Kata Rosyam, kaedah-kaedah yang dianggap normal pada zaman sekarang itu hanya akan memberi kesan negatif kepada mutu lakonannya.



“Saya tak perlu buat semua itu waima cucuk botoks sekali pun. Ia menghalang seorang pelakon menunjukkan reaksi muka ketika berlakon.

“Lagipun tindakan seperti itu ditegah dalam agama. Jadi, saya tak mahu buat sesuatu yang dilarang Islam.

“Biarlah wajah saya nampak berkedut dan berusia,” katanya ketika ditemui sempena majlis Meet & Greet Usanita baru-baru ini.

Rosyam bagaimanapun mengakui ada menjalani rawatan untuk melebatkan rambutnya.

“Sebanyak 9,000 helai semuanya menggunakan teknologi terkini. Selain itu saya hanya jaga pemakanan dan amalkan produk durian belanda untuk kekal sihat.


“Alhamdulillah pada usia 56 tahun saya mampu bergiat aktif, melakonkan babak aksi dan pergi ke lokasi penggambaran tanpa khidmat pembantu serta pemandu peribadi,” kongsinya.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 25-8-2023 11:01 PM
Chopppp! Nak tanya la tanam rambut ni dibenarkan ke dalam Islam?
Quote lanacondor 25-8-2023 11:13 PM
Pakai apps je la semua nmpk muda. Muka Pon jd licin. Realiti rs xde la muda mn
Quote prizadane 26-8-2023 07:01 AM
naina replied at 25-8-2023 11:01 PM
Chopppp! Nak tanya la tanam rambut ni dibenarkan ke dalam Islam?

Harua hukumnya kalau untuk menghilangkan rasa aib, tapi hanya dengan menanam rambut sendiri. Sebab iols pernah borak borak dengan kawan yang tanam rambut. Cuma kawan iols tu muda lagi, baru early 30s tapi dah botak tengah
Quote bedahmenjuyah 26-8-2023 10:18 AM
Dia nampak muda ke. Aku tgk tua je tapi tak tau latest ni kulit kembali menegang. Eh awie tu tua betul aku nampak. Tp kat tv lah. Mcm dah lebih  60.
Quote Prickford 26-8-2023 10:24 AM
Cleocatra replied at 25-8-2023 11:11 PM
Harus laa nak menten nampak muda
Nak sesuai dengan nama Danish

Danish, Haikal, Daniel, Jack Usop...

Quote ezacbee 26-8-2023 12:58 PM
Atok ni klo berlakon over sangat..

Quote ggxoxo 26-8-2023 10:17 PM
Edited by ggxoxo at 26-8-2023 10:18 PM
bedahmenjuyah: Dia nampak muda ke. Aku tgk tu ...

Kalau depan-depan tu nampak well-groomed lah seiring usia. Muda macam 30-an tu haruslah bukan tapi late 40s to early 50s lepas lagi kot di mata iols
Quote faraway1 26-8-2023 10:50 PM
My abang ipar cucuk botox so memang boleh nampak perbezaan gitu..

Rasanya mamat ni tidak.. Filter tepon kot
Quote dekmieDandy 28-8-2023 09:20 AM
naina replied at 25-8-2023 11:01 PM
Chopppp! Nak tanya la tanam rambut ni dibenarkan ke dalam Islam?

boleh dengan syarat rambut sendiri, bukan rambut orang lain atau palsu

aku pun baru tahu boleh tanam rambut palsu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.126270 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top