Pelakon Sharifah Sakinah akhirnya mengaku sedang mengenali seorang lelaki tampan yang terkenal di dunia dan menetap di Bali, Indonesia. Memetik OhBulan, Sakinah mula mengenali lelaki berusia 54 tahun itu sejak setahun lalu dan lelaki itu sangat dikenali ramai dan bukan orang Melayu. Ujar aktres berumur 34 tahun, dia tidak mahu menghebohkan mengenai hubungan mereka berikutan mahu menghormati hak privasi lelaki itu. Ya, saya sedang mengenali seorang jejaka Mat Salleh yang sekarang menetap di Bali. Cuma kami tidak pernah label hubungan ini sebagai pasangan kekasih. Saya rasa selesa apabila dengan dia. Saya banyak kongsi hal peribadi dekat dia. Kami kenal dah setahun. Sepanjang tempoh perkenalan ini, saya tidak heboh dekat mana-mana sebab boleh memberikan impak terhadap kerjayanya. Apatah lagi dia seorang yang sangat dikenali.
Disoal mengenai daya tarikan yang berjaya menambat hatinya, Sakinah berkata lelaki bertuah itu sangat baik hati. Saya boleh baca, dia seorang yang baik hati. Disebabkan itu rasa cinta wujud. Cinta ini indah, kalau kita selesa sudah pasti kita akan kongsi segalanya. Pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired menyatakan seluruh ahli keluarganya sudah berjumpa dengan ‘kekasih baharunya’. Saya dah bawa jumpa keluarga dan anak saya masa hari raya. Kalau tengok Instagram kakak saya (Sharifah Shahirah) ada kelibat lelaki itu. Keluarga saya sangat selesa dengan dia. Mereka boleh bergurau dan bersembang macam dah lama kenal. Sementara itu, ibu kepada Anais Adha terus terang memberitahu mereka belum terfikir untuk menghalalkan hubungan dengan berkahwin. Jelasnya, mereka berdua mempunyai matlamat hidup dan impian yang harus diberikan tumpuan. Setakat ini saya tak fikir soal perkahwinan. Mungkin saya akan jadi macam Tan Sri Michelle Yeoh sebab dia ada matlamat hidup dan saya pun ada. Jadi, kami dua fokus perkara yang sama. Andai kata saya berkahwin buat kali ketiga selepas ini, saya rasa perkahwinan dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Bila dah kahwin, tanggungjawab akan bermula. Jadi dia perlu faham saya. Sebab itu saya selesa dengan lelaki bukan Melayu. Mereka tak letak harapan yang tinggi terhadap saya. Tetapi netizen jangan salah faham mengenai maksud yang saya ingin sampaikan ini. Bukan semua orang boleh terima orang yang macam saya. Lagi satu perkara, kami akan kekalkan hubungan jarak jauh, fokus terhadap kerja dan matlamat masing-masing sekiranya sudah mendirikan rumah tangga. Saya tak boleh duduk rumah goyang kaki sahaja dan harapkan duit suami. Saya sejenis berdikari dan cari duit sendiri. Andai kata dia ada perempuan lain apabila kami duduk berjauhan, saya okey sahaja. Saya akan bye-bye cara baik di mahkamah. Saya tak suka jadi toksik. Kawan-kawan baik saya faham. Korang boleh tengok hubungan saya dengan bekas suami, kami masih baik sehingga hari ini. Bercerita lebih lanjut, pelakon filem Jemputan Ke Neraka berkata isu perlu ulang alik dari Malaysia ke Bali tidak menjadi masalah buat dirinya. Ini kerana, tempoh perjalanan dari Malaysia ke Bali hanya memakan masa selama tiga jam sahaja jika dibandingkan dengan Sweden. Saya suka melancong. Bagi saya tak ada masalah pun sebab tiga jam sahaja. Dulu lagi jauh sampai 30 jam. Dari segi masa itu dah kurang. Terdahulu, Sakinah yang juga adik kepada pelakon dan pengacara, Sharifah Haslinda serta Sharifah Shahirah itu pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015, namun berpisah pada Mei 2020. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Anais Adha, 6. Kemudian, pada Februari 2022, Sakinah membuat kejutan apabila mengumumkan sah bergelar suami isteri selepas setahun menjalinkan hubungan dengan Michael Hansen. Perkahwinan itu juga tidak kekal lama apabila Sakinah mengakui hubungan mereka sudah berakhir pada Oktober 2022. - CARI |
brown_pupil replied at 25-8-2023 05:12 PM
ye ke yg no 2 tu kawen??
ADVERTISEMENT