CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Dua Bulan Kerja, Orang Gaji Sarimah Ibrahim Lari Jam 4 Pagi "Banyak Job Kena Cancel Sebab Tak Ada Orang Jaga Anak"

25-8-2023 08:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12788| Komen: 29

Che Puan Sarimah Ibrahim, 45, berdepan kes pembantu rumahnya yang melarikan diri kira-kira setahun yang lalu.

Menurut pelakon berdarah kacukan Melayu-Irish itu, dia mengambil pembantu rumah berusia 43 tahun yang berasal dari Sukabumi, Indonesia itu menerusi agensi pembantu rumah yang sah dengan bayaran lebih RM20,000.


Foto: IG

"Kalau nak ikutkan kerugian, memang saya menanggung kerugian kerana sudah bayar mahal kepada pihak agensi dan itu tidak termasuk pemeriksaan kesihatan lengkap di klinik, barangan keperluan dan pakaian untuk pembantu rumah juga mencecah RM1,000.

"Malah, banyak 'job' yang saya terpaksa 'cancel' pada hari kejadian kerana tiada orang menjaga anak ketika itu.

"Pihak agensi ada hubungi bila dapat tahu kejadian itu tetapi kami terpaksa menunggu lama untuk dapat pembantu rumah yang baru," katanya.

Mengenai gaji pula, kata Sarimah, pembantu rumahnya itu dibayar gaji antara RM1,400 hingga RM1,500 sebulan.




"Kami juga menyediakan bilik yang selesa untuk pembantu rumah seperti menyambut ahli keluarga yang baru kerana dia akan menjaga anak kami di rumah.

"Kerjanya juga ringan sahaja hanya bersihkan rumah dan menjaga keperluan anak serta mengawasinya di rumah bila kami keluar bekerja," katanya.

Namun, kata Sarimah, dia berasa kecewa kerana pembantu rumahnya itu melarikan diri dari kediamannya kira-kira jam 4 pagi tidak sampai dua bulan bekerja.



"Difahamkan dia menipu pengawal keselamatan kediaman kami dengan memberitahu ada urusan kecemasan dan mahu keluar untuk membeli ubat.

"Dia juga tidak mencuri barang berharga atau membawa pakaian dan barangan yang kami sudah belikan sebaliknya hanya keluar rumah dengan membawa beg plastik serta memakai kemeja T sahaja seolah-olah kejadian itu sudah dirancang," katanya.


Pada masa sama, kata Sarimah, dia berasa terkejut dan trauma serta sukar untuk mempercayai orang luar selepas kejadian itu.

"Saya juga berasa kasihan dengan anak, Tunku Sofia Najihah, 4 tahun yang nampak keliru kerana dia sudah mula mesra dengan pembantu rumah itu tetapi ditinggalkan begitu sahaja pada jam 4 pagi.



"Tiada langsung salah faham antara saya dengan pembantu rumah sebaliknya kami juga membelikan dia kek untuk menyambut hari jadinya beberapa hari sebelum kejadian itu," kata isteri kepada cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 25-8-2023 08:16 AM
upah filipino je…..

dia org lain competence jaga

tgk lara tu….
Quote tikusmontok 25-8-2023 08:18 AM
Bukan ke retis2 ni ada board sendiri?
Quote Simunggu 25-8-2023 08:25 AM
saya jaga anak sarimah & sarimah sekali boleh?
Quote Tinot7 25-8-2023 08:35 AM
Ni citer tahun lepaih ka?
Quote pooh~key 25-8-2023 08:40 AM
Sabar kawan sis. Isu semasanya di sini TT bodoh sis. Akak sangat prihatin dan simpati sis. Persialannya di sini, bagaimana caranya untuk merawat kebodohan TT agar malaysia menjadi lebih amon damoi, sissssssssyyyyyu!
Quote eyansss 25-8-2023 08:51 AM
ko ni semua tabuh kat isu semasa...  bengap nau wartawan cari ni... @admin6 pun senyap je walau ramai dah complaint...
Quote Kitty_catz 25-8-2023 08:54 AM
acer tanya bibik friska...kut2 sheols free tapayah layan laki jusa c sheols itew
Quote chipsmoremore 25-8-2023 09:11 AM
kaya2 gini sorang je ke maid, tgk artis lain kemain berbaris maid
Quote manehnya 25-8-2023 09:14 AM
x kan rumah chepuan x dak pakgad, n takkan la orang gaji sorang je, kurang2 rumah chepuan msti la ada 6 khen... takkan sorang pun x leh bela anak tue..
Quote mejaputih 25-8-2023 09:33 AM
sorg je ke maid? satu lagi kalau dah byr rm1,500 better hire maid tempatan dari agency je...i'm sure ada agency yang provide service mcm tu..takyah dari negara Friska ni...
Quote ifanonline 25-8-2023 09:37 AM
nak pilih bibik ni ada tekniknya...jgn tengok muka, tapi tengok buah dadanya

Quote midori888 25-8-2023 09:48 AM
kwn meols walau ada maid kat umah, still hantar anak2 ke daycare centre dekat dgn ofis. Apa2 jadi senang dia nak tgk anak2 compare bila anak2 ada kat umah yg amik about 30 mins drive kalu tak jem.

Takkanlah org T20 mcm Sarimah tak terfikir utk htr anak ke daycare. Maid 1500, daycare 1500, should be affordable for her.
Quote supernaturalee 25-8-2023 10:33 AM
ifanonline replied at 25-8-2023 09:37 AM
nak pilih bibik ni ada tekniknya...jgn tengok muka, tapi tengok buah dadanya

mak aihhh

ni masa dgn pak inche je ke


Quote Prickford 25-8-2023 10:40 AM
Sama ada sheolls garang/strict atau kekwat. Tu je. Macik iolls pon ada beberapa siri maid lari, panjat pagar pegi umah jiran. Sebab macik iolls garang sangat, takut maid nak kerja. Silap sikit, habis.
Quote tri-max 25-8-2023 10:44 AM
maid ni takleh dimanjakan sgt
diberi bilik khas... wahhhhh kemain friska
makcik aku kemain garang dgn maid, time kerje  jgn sentuh phone
ini ko siap beli baju, beli kek
u hire maid ke adik angkat?
Quote bitterchoc 25-8-2023 10:47 AM


Sheols ni kan kawin dengan kerabat. Ingatkan ada deretan dayang nak uruskan semua benda. Paling tidak, maid 2-3 orang. Aiols yang bukan kerabat ni pun pernah gajikan maid 3 orang untuk rmh mak aiols. Ahahahahahah.
Senang cakap, kalau ada anak kecik, expect benda macam tu berlaku jika upah maid. Kalau tak nak pening hal gitu, jangan beranak.
Quote _blackbird 25-8-2023 02:34 PM
3 sebab je foreign worker lari tak kisah la bidang apa pon;

1) majikan kekwat/garang hukaloh
2) member bgtau kat sini sini dpt lagi besor gaji
3) lari ikut boipren / gelpren
Quote toynme 25-8-2023 02:42 PM
ehhh baru tau dia ada anak...omai
Quote seri_mawr 25-8-2023 05:37 PM
kenapa cerita bibik lari setahun yang lalu baru keluar cerita hari ni..?
dah tu kat issue semasa lak tu...
klu kot la sarimah dera bibik ..bibik lari buat report polis setahun yang lalu kes baru buka hari ni...lalu dia kena tahanan reman baru lah jadi issue semasa

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.042485 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top