CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zarina Zainuddin Sokong Poligami "Dia Membuat Satu Keluarga Yang Besar, Lagi Besar Keturunan Dia"

25-8-2023 07:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 46431| Komen: 99

Zarina Zainuddin berkongsi pendapat mengenai kehidupan berpoligami.

Dia memberitahu tidak ada masalah jika seorang suami itu mampu dan mahukan keluarga yang besar.

Foto: IG


“Bagi saya, kalau orang berkemampuan apa salahnya dia nak menanggung keluarga lain, keluarga baru untuk dia membantu orang lain juga. Bagi saya, berkongsi rezeki juga.

“Dia membuat satu keluarga yang besar, lagi besar keturunan dia. Bagi yang mampu tak ada salahnya tapi biar dengan cara yang betul. Kalau kita nak kata suami kita tu 100 peratus adil, memang takkan ada,” katanya menerusi perkongsian di TikTok @keluarga.my

Sebagai individu yang menjalani kehidupan bermadu, isteri hendaklah reda dan tidak merumitkan keadaan seorang suami.


“Isteri kena reda, kena tahu tempat dia, kena tahu dia seorang isteri yang bermadu dan kena pandai isi masa dia untuk tidak fikir sangat tentang suami. Jangan memberatkan suami, perasaan suami, sakit kepada suami nak fikir pasal isteri-isteri.

“Bagi saya, tugas suami tanggung nafkah zahir dan batin, cukup lah kita dah ada suami yang jaga kita elok-elok. Yang penting kita ada suami untuk tempat mengadu,” jelasnya.

Sementara itu, Zarina berpendapat lebih baik memberi keizinan kepada suami untuk berkahwin lain daripada dia melakukan perkara tidak baik di belakang seorang isteri.

Untuk rekod, Zarina mendirikan dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar sebagai isteri kedua pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar termasuk Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil). -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nham22 25-8-2023 07:54 AM
Erkkk kalau cukup pakai makan minum.. Idakla ko kene jadikan anak2x syurga ko tu content dalam IG...... Aku perasan tu saja...
Xde mende lain dah...patut nk meniaga fokus saja pada niaga.. Xyah jadikan anak2x syurga tu content... Buat crowdpull
Quote nurul_akmar 25-8-2023 07:54 AM
dh bincang ke ngan kakak 1st tu? b4  kuar statement ni. sbb xtau kakak tu redha or terpaksa redha? ko selamber tlg bukak cawangan lg utk laki ko
Quote elzy 25-8-2023 08:02 AM
Isteri kedua tak layak komen tentang poligami tambahan pula cukup serba-serbi..
Quote Miawlover 25-8-2023 08:08 AM
Hang bini ke 2, banyk ckp pulak la acik ni.
Quote tulip-rain 25-8-2023 08:20 AM
Banyak cakap eh. Isteri kena itu kena ini.
Pihak isteri jelah yg selalu diingatkan.
Kau tu bini no 2 mmglah ckp mcm ni.
Kalau kau yg bini first, suami ckp nak kahwin lg, mcm manalah ye? Sembang je.
Quote moonela 25-8-2023 08:26 AM
elzy replied at 25-8-2023 08:02 AM
Isteri kedua tak layak komen tentang poligami tambahan pula cukup serba-serbi..

So true !!!!
"hidup je bermadu, aman bahagia"

Biasa statement macam tu dari bini bernombor
Ustazah Solehah pun susah nak terima kehidupan bermadu
redha tu redha tapi memendam rasa
fitrah perempuan memang begitu

Walau macam mana pun suami takkan boleh berlaku adil
dari segi nafkah zahir (kewangan mampu)
tapi dari segi perasaan mampu ke berlaku adil?
mampu ke mendidik anak2, isteri2 ke jalan yang diredhai ALLAH?



Quote shida81 25-8-2023 08:30 AM
Ye la kak.. Ko bini no 2....bkn no 1
Quote ren14 25-8-2023 08:36 AM
binik bernombor je yg sokong poligami nihhh
Quote Prickford 25-8-2023 08:44 AM
Edited by Prickford at 25-8-2023 12:45 AM

Ala pundek, kau bini no 2, mana sama nak rasa dgn no 1. Nak kawin dgn kau, bukan minta permission kau, bini no 1 yg bagi permission.

Utk tak nak ot, iolls penah tgk video Cupcake Aisyah, mak sheolls bini no 2 kan. Tak penah plak mencapub. Masa cerita kisah sheolls jadi bini no 2 pon, sekali ada anak2 tiri, video reaction rasanya.
Quote manehnya 25-8-2023 08:56 AM
kalau datok nk sambung tambah no 3 & no 4, akak ina oke kew.. nk tambah keturunan, lg pun kak ina tak da anak perempuan lg kan.. kan ...
Quote Rogue98 25-8-2023 08:59 AM
Isteri no 2 selalu lebih2. Walaupun korang dah baik dgn no 1 pun it doesn't mean apa yg korang buat tu is forgiven.
Quote laksmanabentan 25-8-2023 09:08 AM
tanya suami tu kenapa kahwin dengan hang....
Quote sweetfasha 25-8-2023 09:09 AM
kalau nak besarkan keluarga bagilah laki ko kawin lagi dua. cukupkan kouta. banyak bunyi..
Quote jalfa 25-8-2023 09:12 AM
Diamla acik.serabut la ko nih.semua kes nak ulas.dok la dendiam jaga laki ki elok elok.kan dipasang 3 bary menggelupor ko
Quote Moyangkucing 25-8-2023 09:17 AM
makcik bogel ni tak yah la perasan yg bini 1st tu suka sangat dengan ko... tak kena tibai dengn penyapu pun dah cukup baik.. puiii..
Quote red_velvet 25-8-2023 09:25 AM
Asal kisah viral poligami & laki cari pucuk muda gigih jugalah ko nak enterframe mengomen.. yiihhh
Quote dewi_rina 25-8-2023 10:34 AM
Aah ye ko sokong sebab ko no 2, kalau ko no 1 mesti ko meroyan macam dalam melodi haritu kan acik? Dah la over, dari jauh nampak hidung serombong tu je.. Muka dah rupa bonda rozita dah
Quote jihyomelly 25-8-2023 10:44 AM
aiyoooo kalau dah bernombor jgn la jadi yg terpaling bernombor..senyap2 dah la..buat la apa pun no 2 ke 3 ke 4 ke tetap tak boleh jd no 1!!!!!!
Quote IvyGorgon 25-8-2023 11:18 AM
Nham22 replied at 25-8-2023 07:54 AM
Erkkk kalau cukup pakai makan minum.. Idakla ko kene jadikan anak2x syurga ko tu content dalam IG... ...

Eh eh i pun fikir yg sama! manjang aje dia sempat rekod masa anak2 dia tgh tantrum, tantrum yg teruk tau, bukan biasa2 punya amukan. Haih lapar perhatian betul

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.299679 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top