"Intan sahaja, tak payah panggil Datin." Itu permintaan pelakon Datin Intan Najuwa yang baru bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman, 39, pada majlis pernikahan romantis di sebuah resort di Desaru Coast, Kota Tinggi, Johor, minggu lalu.
Intan atau nama sebenar, Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, mengaku lebih selesa dipanggil Intan kerana canggung disapa Datin. "Saya agak canggung bila orang sudah panggil saya Datin. Saya masih Intan seperti sebelum ini yang ramai kenal. "Saya fikir orang perlu kekal panggil Intan. Tak payah sapa Datin sebab tidak memberi apa-apa kelebihan kepada saya. "Saya okay kalau orang tidak sapa saya Datin. Saya tak kisah pun gelaran itu, panggil sahaja Intan... Kawan-kawan pun saya marah. "Apabila mereka sapa Datin, saya kata panggil sahaja Intan," katanya kepada BH Online.
Selepas hampir seminggu mendirikan rumah tangga, Intan masih menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai isteri. "Sebagai wanita berdikari sebelum ini, apa-apa keputusan saya buat sendiri. Tetapi sekarang saya perlu minta izin suami, kadang-kadang saya lupa perkara itu. "Ibu ingatkan saya sudah bersuami. Jadi, apa-apa kena minta izin suami," katanya yang sudah menyediakan juadah asam pedas ayam untuk santapan suami. Jumaat lalu, Intan dan Ahmad Azraf diijabkabulkan pada majlis eksklusif di sebuah resort di Desaru Coast, Kota Tinggi. Pada majlis itu, Intan menerima mas kahwin berjumlah RM20,000 serta wang hantaran bernilai RM222,000. Angka itu diambil sebagai simbolik kepada tempoh perkenalan pasangan dua sejoli itu yang masuk tahun kedua. Sumber: BH Online
|
makcun14: teringat mak tiri boned, bini teksi... feefeeling terpaling french tapi tetap gigih nakkan title Datin.
cikyaa_aziz replied at 24-8-2023 10:41 PM
mimilana sila bljr dr intan ni cr laki semegah skit
lanacondor replied at 24-8-2023 08:28 PM
Tgk adik2 nk berlaki bia level gini.. Jgn sondol laki org. Ramai lg jantan kaya yg bujang. Yg pentin ...
cikyaa_aziz replied at 24-8-2023 10:41 PM
mimilana sila bljr dr intan ni cr laki semegah skit
kalchi replied at 24-8-2023 09:07 PM
Tp kan dia mmg dah dr keluarga kaya kan. Pastu pulak ada income sndri payment pelakon bukan murah mu ...
pocongkiutss replied at 24-8-2023 11:16 PM
Bukan asal betul2 kaya..masa dia umur 18 taun tu baru mak dia kawin dgn pak tiri kaya tu
Tp bagus ...
lanacondor replied at 24-8-2023 08:28 PM
Tgk adik2 nk berlaki bia level gini.. Jgn sondol laki org. Ramai lg jantan kaya yg bujang. Yg pentin ...
faint_heart replied at 24-8-2023 11:53 PM
Sapa pak tiri she olls?
faint_heart replied at 24-8-2023 11:53 PM
Sapa pak tiri she olls?
Suchi replied at 24-8-2023 11:57 PM
Baru td lalu lalang interviu intan ni ngn laki diaZ intan ni jenis confident bila bercakap, nampk mc ...
ADVERTISEMENT