Penyanyi Nana Sheme, 28, dan suami juga penerbit muzik, Zikri Zakaria, 32, tidak merancang untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat selepas hampir setahun berkahwin. Nana berkata, keutamaan terpenting buat mereka sekarang hanyalah untuk terus bekerja-keras mengukuhkan kewangan. Jadi mereka enggan tergesa-gesa soal zuriat.
"Ramai yang cakap saya nampak macam berisi. Tapi sebenarnya selera makan makin menjadi-jadi. Cakap pasal zuriat, masih bahagia berdua buat masa ini. "Bukan cakap nak tolak rezeki cahaya mata. Tetapi ikut perancangan kami, dalam masa tiga tahun lagi. Nak ambil masa perlahan-lahan dan fokus terhadap kerjaya dulu. "Sekarang kami bekerja pun sambilan. Jadi semestinya kewangan itu sangat penting. Saya nak sediakan yang terbaik insyallah kalau ada anak kelak," katanya. Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu juga berkongsi dia kini menetap sepenuhnya di ibu kota. Dia gembira selepas kahwin, suami malah makin galakkan dia berkecimpung dalam dunia seni.
|
ADVERTISEMENT