CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Syukri Bersuara Selepas Dikecam Netizen Isu Pilih Ira Kazar Sebagai Model Tudung

24-8-2023 02:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10431| Komen: 14

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberi penjelasan selepas mendapat kecaman netizen kerana memilih isteri kepada pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sebagai model tudung baharu keluaran jenama miliknya, As Hijab.


Aliff Syukri, menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, menjelaskan bahawa dirinya tidak menyokong mana-mana pihak dan tidak mahu ikut campur urusan peribadi orang lain.


“Saya tak sokong mana-mana. Saya tak sokong Ira, dan saya tak sokong Puteri Sarah. Apa salah saya sebenarnya saya tak nak masuk campur hal peribadi orang lain. Bagi saya, saya doakan yang terbaik untuk mereka," jelas Aliff Syukri.

Pernah mengambil Puteri Sarah sebelum ini sebagai model tudung keluaran jenamanya, Aliff Syukri menegaskan bahawa dia hanya bersikap profiesional dalam urusan bisnes sahaja.

“Bagi saya, siapalah kita untuk menilai seseorang. Kita sendiri tak tahu nasib kita di penghujung hari.



"Dan kalau korang nak tahu, saya juga pernah ambil Puteri Sarah menggayakan tudung saya. Saya hanya fokus untuk bisnes saya sahaja.

Apapun bagi saya Puteri Sarah juga ada kecantikannya, aura tersendiri sebab tu AS Hijab pernah bekerjasama dengan beliau dan Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. Ramai yangsuka tudung sarung dia pakai," kata Aliff lagi.


Sumber: Murai, IG Aliff Syukri


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 24-8-2023 05:20 PM
kaut selagi boleh kaut... untung2 timbul, boleh la terjual tudung2 tu kannn....
dia ini manafaatkan situasi aja....  siapa yang lagi heboh, viral satgi dia ambil ler jadi model dia....
Quote orkid_amani 24-8-2023 05:44 PM
Betul2 menangguk di away yg keruh la AS
Quote bintangct 24-8-2023 07:34 PM
laksmanabentan replied at 24-8-2023 05:20 PM
kaut selagi boleh kaut... untung2 timbul, boleh la terjual tudung2 tu kannn....
dia ini manafaatkan  ...

betul.. dia cuma pentingkn biz dia je
Quote slyfynx 24-8-2023 08:39 PM
Kau mmg cari publisiti je.
Yg pelik, ramai nau2 sokong produk2 sampah ni la.
Quote Farnor 24-8-2023 09:36 PM
Pdn muka ko siapa suruh nk ambl model yg bleh yg tak contohi baik.. Bg tumpuan jer biz ko tu lpas ni.
Quote minahgempal 24-8-2023 09:42 PM
Itu lah si sotong king suka..jdi buah mulut org...
Quote kucing_gebu 24-8-2023 09:50 PM
Aku rasa model stoking bola lbh sesuai
Quote Manusiabesa 24-8-2023 09:54 PM
Bukan boleh kira apa dh dgn alep ni...dia pkir duit je. How to make money. Ada untung, ada. Tp kena bad luck, org mluat ke ik tu org boikot..  dia stembai dh nk hadap sbnrya. Satu lg yg aku perasan dia mmg tingin nk kawen dua... malangnya bonda dia awal2 tlg backup shahida hahaha. Lawak2. Dia ni mana ada sensitivity pd isu martabat wanita ke hapa.... dia kira bsnes dia, dusun durian dia, kosmetik dia .tu jerrrrr
Quote delia3003 24-8-2023 10:18 PM
Ya ampun, model tudung bukan setakat tak lawa, commercial value pun takde.  Kalau bagi free pun I buat lap kaki je
Quote September14 25-8-2023 12:00 AM
Dia ni rajin mniaga x dinafikn hr2 buat live tp brg yg dijualnya mcm kedai borong.. smua bnda dijualnya yg pelik ada jgk yg mbeli

Kakyati tu elok je aku tgk berbis, proper produk dia jual.. tgk brand ST bawah dia pakeging class… klu dlu kn mcm jual kt kdai jamu chow kitt
Quote laksmanabentan 25-8-2023 08:58 AM
slyfynx replied at 24-8-2023 08:39 PM
Kau mmg cari publisiti je.
Yg pelik, ramai nau2 sokong produk2 sampah ni la.

yang sokong dia semua stokis2 uoollss..
stokis cuma ambil peluang aja uoollss..
ada profit, boleh jual, ada untung.. sambar gitu....

dengar2 lopak punya innai pun nak masuk indo nih...
ulalalaaa... hebat business....
Quote asimilasi 25-8-2023 12:09 PM
boikott produk aliff syukri nieeeee.... tiada kompromii....
Quote jambatannetizen 27-8-2023 01:06 AM
hmmmm ikotlag kau nyahh
Quote stingerbumpy 27-8-2023 05:20 AM
orkid_amani replied at 24-8-2023 05:44 PM
Betul2 menangguk di away yg keruh la AS

Tengok ler your target/niche market… Kalo utk yg dah meniti usia menopos boleh ler ambik PS … tapi Kalo target market utk yg active lasak senantiasa ligat, of course ambik IK… anyway product bukan mak Pak ko yg punyer kheun? sukati dia ler….

Kahkahkah

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.302715 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top