CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengasuh Tular Dera Kanak-Kanak Dipenjara 12 Bulan

23-8-2023 08:10 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3638| Komen: 12

Kota Kinabalu: Pengasuh wanita yang ditahan selepas video dia memukul kanak-kanak di taska tular baru-baru ini, dihukum penjara 12 bulan.

Hukuman ke atas Melona Eva Ezwa Musah, 27, diputuskan Hakim Amir Syah Amir Hassan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.


MELONA Eva Ezwa dihukum penjara 12 bulan kerana mendera kanak-kanak lelaki yang video mengenainya tular di media sosial. FOTO Mohd Adam Arinin.

Tertuduh juga dikenakan hukuman penjara 12 bulan lagi jika gagal membayar denda RM10,000, selain mahkamah turut mengenakan bon berkelakuan baik terhadapnya selama dua tahun.

Terdahulu, Melona Eva Ezwa mengaku bersalah terhadap tuduhan menganiayai kanak-kanak lelaki berumur empat tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Dia melakukan kesalahan itu antara 9 pagi hingga 10 pagi, 8 Ogos lalu di sebuah taska di Penampang dan kesalahan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama mengikut Seksyen 31 (2) akta yang sama.


Peguam Hairul Vaiyron Othman yang mewakili tertuduh sebelum itu memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman ringan, dengan mengambil kira anak guamnya sudah 'dihukum' apabila berada dalam kemurungan dan menghadapi penghinaan selepas video perbuatannya tersebar di media sosial.

"Dengan mengaku bersalah juga, tertuduh telah menyelesaikan kes itu seterusnya boleh menjaga kedua ibu bapanya dan jika hukuman lebih berat dikenakan, ini telah 'mengalahkan' tujuan itu.

"Mitigasi ini bukan bermaksud yang tertuduh tidak bertanggungjawab atas kesalahannya, tetapi hanyalah untuk dia diberi peluang kedua," katanya yang memberitahu kes itu juga sebagai pengajaran kepada semua pihak.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 23-8-2023 08:25 PM
12 bulan jer. Trauma kat mak bapak n budak tu seumur hidup
Quote Binodino 23-8-2023 08:33 PM
Peguam Hairul Vaiyron Othman yang mewakili tertuduh sebelum itu memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman ringan, dengan mengambil kira anak guamnya sudah 'dihukum' apabila berada dalam kemurungan dan menghadapi penghinaan selepas video perbuatannya tersebar di media sosial.


So kalau video tu tak viral, atau parents budak tu taktau kau makin galak la dera budak tu? Kau menyesal pun sebab benda tu viral, kan?
Quote allshares 23-8-2023 09:04 PM
Lega apaknya da smackdown pendera ni. Kalau x lagi sakit hati sekadar 12bln dlm penjara.
Quote shernazz 23-8-2023 10:09 PM
Mohon diblacklist dari diambil bekerja
Bior la kemurungan Seumur hidup...
Quote Carcosa 23-8-2023 11:32 PM
Padan muka kau babi.
Duduk baring lah ko dlm penjara tu, mikirkan apa kau buat pada boy tu. Biar jadi gila mereng terus. Kalau kau tu miskin papa kedana hina dina, tak mampu bayar 10k tu, topap lagi 12bulan. So 2 tahun lah kau jadi lipas busuk yg tido di jail.
Bahhahahhaa padan muka ko.
Quote ibu_haritz 24-8-2023 10:44 AM
Kemurungan dgn trauma bdk 4tahun tu ko kira sekali tak wahai peguammmmm?????
Quote vanillaninja 24-8-2023 11:17 AM
Kenapa mostly yang suka mendera budak ni gundu2 ye.
Quote noor2 24-8-2023 12:29 PM
vanillaninja replied at 24-8-2023 11:17 AM
Kenapa mostly yang suka mendera budak ni gundu2 ye.

Yg gundu mmg jenis kasar...kuat dengki, baran, hati x berapa baik kalau bergaul dgn masyarakat.  Mmg rata2 yg gundu mcm.tu...
Quote KamikuP 24-8-2023 04:52 PM
vanillaninja: Kenapa mostly yang suka mendera budak ni gundu2 ye.


Pengkid juga suka dera budak. Pengkid juga gundu dan berlemak di pinggang

Quote intan244 28-8-2023 09:23 AM
nama kemain. moga bertaubat, minta maaf kat budak tu dan parent dia.
Quote B40tastePosh 28-8-2023 10:10 AM
KamikuP replied at 24-8-2023 04:52 PM
Pengkid juga suka dera budak. Pengkid juga gundu dan berlemak di pinggang

Jangan la sebut lemak dipinggang...malu la acik

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.663714 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top