PETALING JAYA – Zamsaham ingin menghadiahkan sebidang tanah banglo di Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan kepada mana-mana penyokong setia ‘The Red Worriors’ (TRW) yang layak. Pemilik Kelantan FC itu berkata, penyokong TRW yang tidak mempunyai tanah boleh membuat permohonan sebelum dipanggil untuk sesi temu duga.
“Lokasi tanah tidak jauh dari tapak yang saya hadiahkan kepada beberapa pemain dan jurulatih sebelum ini,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini. Kata Zamsaham, individu yang ingin memohon boleh menghantar butiran menerusi emel ke [email protected]. “Tuliskan sebab mahu mohon, insha-Allah mana yang layak akan dipanggil temu duga dan terus tukar nama kepada yang berjaya. Geran dah siap, tinggal saya hadiahkan sahaja,” ujarnya. Tambahnya, semua penyokong setia TRW dialu-alukan untuk memohon, asalkan tidak mempunyai tanah di Kelantan.
“Segera mohon, insha-Allah disegerakan untuk mereka yang layak. Moga menjadi asbab kesembuhan penyakit ayah-ayah,” jelasnya. –CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT