CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Panda Gergasi, Fu Wa Dan Feng Yi Sambut Ulang Tahun Ke-17 Di Zoo Negara

23-8-2023 07:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10497| Komen: 28

Kuala Lumpur: Pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi menyambut ulang tahun ke-17 hari ini.

Ulang tahun haiwan yang ditempatkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) Zoo Negara di sini sejak 2014 itudisambut dengan kek hari jadi istimewa yang diperbuat daripada buah-buahan seperti epal, tembikai dan anggur yang dihiasi dengan beberapa kuntum bunga.


Sebagai rekod, pasangan panda gergasi itu dipinjamkan kepada Malaysia pada 2014 selama 10 tahun bersempena dengan ulang tahun ke-40 hubungan dua hala antara Malaysia dengan China.

Foto: Harian Metro

Kedua-dua haiwan itu dilahirkan pada 23 Ogos 2006 di Pusat Panda Wolong, Sichuan, China dan tiba di negara ini pada 21 Mei 2014, yang kemudiannya ditempatkan di GPCC yang dibina khas.

Setakat ini, pasangan panda gergasi itu yang dinamakan semula sebagai Xing Xing dan Liang Liang, memiliki tiga ekor anak iaitu Nuan Nuan yang dilahirkan pada 18 Ogos 2015, Yi Yi (14 Januari 2018) dan Sheng Yi pada 30 Mei 2021.


Sementara itu, Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly @ Rahmat Ahmat Lana dalam ucapannya berkata kejayaan membiakkan panda gergasi ini menyumbang kepada usaha pemuliharaan spesies ikonik itu.

Foto: Harian Metro

"Perjalanan panda gergasi ini ialah satu kisah yang membabit penyokong pemuliharaan, penyelidik dan individu berdedikasi yang telah memberikan semangat mereka untuk memastikan kemandirian spesies luar biasa ini.

"Ia juga kisah yang membangkitkan perasaan dengan nilai bersama negara, komitmen bagi pembangunan mampan dan kesejahteraan semua makhluk hidup," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 23-8-2023 08:22 PM
Teringat pulak malayan bear kt zoo sana yg org ckp pakai kostum manusia tu. Kurus je kita tgk. Yg ni dibelai2.
Quote dani-rox 23-8-2023 09:15 PM
so 17thn la pakai ekon siang malam pagi petang ye dokk

usaha pemuliharaan spesies ikonik


pemuliharaan apa lagi? dah 7 thn tak pegang status 'endangered' lagi. kosser.
Quote Tinot7 23-8-2023 09:44 PM
Hepi besday! Mok2 sumernya
Quote Suchi 23-8-2023 10:54 PM
Bila depa nk balik kg ya? Anak pun dah 3
Quote airfilterkotor 23-8-2023 10:58 PM
Soklan:
Ni panda pinjam kaa, sewa?
Quote sharlenetexas 23-8-2023 11:14 PM

Screenshot_2023-08-23-23-13-33-00_1c337646f29875672b5a61192b9010f9.jpg

Quote supernaturalee 24-8-2023 12:25 PM
dani-rox replied at 23-8-2023 09:15 PM
so 17thn la pakai ekon siang malam pagi petang ye dokk

umur die 17 tahun, lahir 2006
tp duk msia thn 2014
kontrak sewa 10 tahun
makna kata thn depan 2024 hbs kontrak

what's gonna happen next agknya ya


Quote Lagubestbest 24-8-2023 02:44 PM
entahle. tp berdasarkan apa yang i tau bela pokok ke haiwan mudah je tak perlu maintain sgt pun kalau dah memang spesis asal. yg payah jadi mahal jadi banyak benda nak kena supply jaga kalau bukan spesis asal sesuatu tempat.
Quote dani-rox 24-8-2023 07:15 PM
supernaturalee replied at 24-8-2023 12:25 PM
umur die 17 tahun, lahir 2006
tp duk msia thn 2014
kontrak sewa 10 tahun

Habis kontrak, panda2 nih akan dihantar balik ke China. Bbrp bulan lepas, US baru jah kembalikan sekor panda lepas loan 20thn. Itu pun ada kontroversi sket sbb netizen PRC bising2 panda tu mcm tak dijaga dgn baik - nampak kurus dan sakit. Dia org cakap Panda Diplomacy kejam, memisahkan panda dari habitat asal. Dia org tak tahu agaknya, rakyat negara hos panda pun rasa konsep tu kejam jugak - berjuta dollar terpaksa dibelanjakan utk "loan" panda dan maintenance dia sekali.
Quote Firenzza 24-8-2023 07:25 PM
Huntong panda kt msia, b40 blm ttu merasa 24 jam duduk dlm ekon
Quote surfin_net82 24-8-2023 08:20 PM
Masa pergi tgk panda ni tahun lps.. dorg bg tgk sekejap2 je. Xboleh bising.. + ada pulak specialist yg kena hadap panda ni. Siap dengan facility hospital panda lagi. Kat luar2 tu penguin duduk dalam aquarium sempit je. Kesian tgk binatang lain.

Baik hantar balik je ... Menyusahkan macam makhluk2 lain yang datang dr sana.
Quote Lampuled 24-8-2023 08:48 PM
Makhluk paling beruntung di Msia.
Quote supernaturalee 25-8-2023 09:32 AM
dani-rox replied at 24-8-2023 07:15 PM
Habis kontrak, panda2 nih akan dihantar balik ke China. Bbrp bulan lepas, US baru jah kembalikan s ...

kannn
hebat china bnyk negara tunduk utk ambik bela, tp bayar millions
klu beranak tu plk anak tu pun kena bg depa kan

i still don't get it

Quote kemaruk 25-8-2023 09:44 AM
berkat kehandalan skil diplomasi najib terhadap kerajaan china

apa la sangat kos jaga panda

berbanding beratus bilion nilai pelaburan dibawa masuk dari china ke malaysia

apa la nak diharap dari komen acik2 porem yang majoriti merupakan surirumah, kalau kerja kerajaan cuma pangkat N17 dan kalau kerja swasta cumalah tea lady
Quote ifanonline 25-8-2023 10:09 AM
kemaruk replied at 25-8-2023 09:44 AM
berkat kehandalan skil diplomasi najib terhadap kerajaan china

apa la sangat kos jaga panda

nak kata handal tak juga...mat sakau dah kena penjara 10 tahun...
Quote kemaruk 25-8-2023 10:11 AM
ifanonline replied at 25-8-2023 10:09 AM
nak kata handal tak juga...mat sakau dah kena penjara 10 tahun...

penjara dunia je
Quote ifanonline 25-8-2023 10:14 AM

belum tentu di akhirat selamat
Quote kemaruk 25-8-2023 10:15 AM
ifanonline replied at 25-8-2023 10:14 AM
belum tentu di akhirat selamat

sama la dengan kita
Quote ifanonline 25-8-2023 10:16 AM

betul..tapi najib sudah terima balasannya di dunia kerana dosa2 nya

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.049341 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top