CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jawi Siasat Bacaan Ayat Suci Al-Quran Pada Majlis Pecah Tanah Orang Bukan Islam

23-8-2023 07:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1356| Komen: 2

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyiasat dakwaan tular orang Islam membacakan ayat suci al-Quran pada program pecah tanah dipercayai diurus pihak bukan Islam di ibu negara.


Jawi memaklumkan siasatan dilakukan bagi memastikan amalan itu tidak mengandungi unsur menyalahi pandangan hukum atau fatwa.

"Sebarang kesalahan yang berhubungan dengan akidah boleh dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Foto: Harian Metro

"Keharmonian dan toleransi antara agama adalah perkara yang disarankan oleh ajaran Islam, lebih-lebih lagi dalam situasi negara berbilang kaum.

"Namun, semua pihak dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa agama bagi memastikan tindakan yang dilaksana mengikut lunas hukum syarak ditentukan," katanya kepada Harian Metro.


Terdahulu, satu rakaman siaran langsung majlis berkenaan dimuat naik di Facebook yang berdurasi hampir satu jam.

Ia tular selepas seseorang membacakan ayat suci al-Quran di samping penganut agama lain pada majlis pecah tanah dipercayai berlangsung di ibu negara baru-baru ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.436003 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top