ALOR SETAR – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor enggan lagi mengulas mengenai klip video yang tular baru-baru ini yang memaparkan dirinya mengetuk kepada remaja perempuan menggunakan kertas.
“Benda dah selesai, tak payahlah tanya. Saya tak ada komen apa pun sebab bukannya saya buat salah apa pun. “Apa Sanusi buat, semua nak jadi salah. Tak payahlah panjangkan cerita itu lagi,” katanya. Menteri besar Kedah itu turut menempelak pihak yang mengkritiknya berhubung tindakan tersebut. “Di Kuala Lumpur lagi banyak masalah, dia (pengkritik) duduk di Kula Lumpurkan? Masalah wanita paling besar di Kuala Lumpurlah dengan cengkaman dan tekanan hidup, masalah sosial, eksploitasi dan pengabaian wanita. “Tetapi kamu datang dan kacau kes letak (kertas) atas kepala. Kawan itu ‘dok’ gelak sampai sekarang tetapi ‘hangpa’ kata dia cedera. Tak boleh begitu kerana tindakan membesar-besarkan perkara yang remeh tidak langsung membantu masyarakat,” katanya. –CARI
Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT