Riko Agus membuat kejutan apabila memaklumkan dirinya dan tiga lagi anggota SOG iaitu Qayyum Rahim, Amsyar Saiful, MK Ridzuan tidak lagi bersama band berkenaan. Riko, 27, berkata, mereka dimaklumkan tidak lagi menjadi ahli SOG sejak dua bulan lalu dan persembahan terakhir mereka ketika di acara SOG Reimaginasi yang diadakan pada 17 Jun lalu.
"Di sini kami ingin membuat pengumuman pada tarikh 26 Jun 2023, kami dimaklumkan bahawa kami bukan lagi sebahagian dari band SOG. "Pada 17 Jun 2023 adalah tarikh terakhir kami beraksi bersama di persembahan SOG Reimaginasi," katanya di Instagram. Riko turut mengucapkan terima kasih semua yang telah memberi sokongan kepada mereka sepanjang 10 tahun bersama kumpulan tersebut. Riko bagaimanapun memberitahu mereka akan terus mengorak langkah ke hadapan dan meneruskan perjalanan kerjaya seninya itu.
"Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga, sahabat dan para penyokong yang banyak memberi pertolongan semangat dan sokongan sepanjang perjalanan 10 kami bersama SOG. "Kami sangat menghargai sokongan anda. Tanpa anda, perjalanan kami mungkin tidak sejauh ini. "Melangkah ke hadapan, kami ingin meneruskan kehidupan dan perjalanan ke arah yang lebih baik... sampai jumpa," ujarnya. Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa dan terkejut dengan pengumumuman yang dibuat oleh Riko. "Termenung aku baca berita ni. Sedih, hiba... semua ada. Semoga yang baik-baik buat semuanya. "SOG tanpa Riko... sudah tidak bermakna. "Terima kasih menjadi sebahagian daripada masa remaja saya," tulis netizen. Untuk rekod, SOG pernah memenangi Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) bersama penyanyi Shila Amzah menerusi lagu Pelukan Angkasa.-CARI Sumber: mStar
|
mamajawie replied at 24-8-2023 12:40 PM
amsyar tu rupanya da ada keje tetap kt rhb tu..better la keje bank dri jadi penyanyi sampai 10 tahun ...
ADVERTISEMENT