Pelakon Adam Corrie yang menimang cahaya mata selepas 10 tahun usia perkahwinan berharap agar para suami dapat berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk berkahwin lain demi mendapatkan zuriat.
Adam menerusi perkongsian di Instagram berkata, proses mendapatkan zuriat sememangnya bukan mudah bagi segelintir pasangan yang mempunyai masalah tertentu namun, mereka juga harus berikhtiar sehabis baik sebelum memilih alternatif lain. “Nak kahwin lagi sebab tak ada anak? Dah usaha pergi jumpa doktor check suami isteri? Kadang-kadang suami yang ada masalah bukan isteri. Kalau suami atau isteri ada masalah pun, boleh berubat. “Ini pengalaman saya. Usaha dulu. Positif. Bukan nak perli sesiapa. Ambil yang positif ye. Usaha dahulu. Cari jalan sama-sama. “Usaha itu kena sungguh-sungguh. Ia bukan esok lusa boleh dapat anak. Makan masa. Ada cepat dan ada yang makan tahun,” tulisnya.
Malah, Adam menyeru kepada semua pasangan untuk sentiasa memanjatkan doa dan meminta petunjuk kepada Allah sekiranya diberikan ujian untuk mendapatkan zuriat. “Dalam dunia perubatan sekarang dah canggih. Macam-macam cara boleh buat dengan mengikut syariat. Jika dah usaha semuanya dan gagal. Cuba lagi , gagal juga. “Berdoalah kepada Allah SWT sekali lagi. Minta pertunjuk. Adakah dengan adanya zuriat itu membuatkan aku, isteri aku bahagia bahagia berikanlah pertunjuk,” kongsinya lagi. Pada masa sama, Corrie turut mempersoalkan adakah keputusan berkahwin lain akan menggembirakan hati semua pihak terutamanya isteri pertama. “Boleh ambil anak angkat jika berkemampuan tapi jika nak ada zuriat sendiri dengan berkahwin lain, adakah perkahwinan itu akan membahagiakan isteri kita sekarang dengan harapan perkahwinan lagi boleh dapat zuriat? “Tepuk dada tanya iman. Kita nak bahagia sekeluarga. Qanaah, asal punya rasa cukup. Hidup ini pasti indah. Nasihat untuk diri sendiri “Pengalaman sendiri, tiada zuriat selama 10 tahun. Sekarang dah 15 tahun usia perkahwinan kami. Dapat zuriat ketika saya 50 tahun. Isteri 40 tahun. Sekarang Fateh dah 5 tahun. Alhamdullilah,” akhirinya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum dengan pandangan yang dikongsikan pada kepda seorang cahaya mata itu. Sumber: Media Hiburan, IG Adam Corrie |
ADVERTISEMENT