CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nad Zainal, Ungku Ismail Sambut 'Baby' Oktober Nanti

23-8-2023 01:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 59039| Komen: 238

Pelakon Nad Zainal mengakui dia kini sedang hamil anak ketiga dan dijangka bakal bersalin pertengahan Oktober depan.

Nad Zainal atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 33, berkata dia kini lebih terbuka untuk berkongsi mengenai berita gembira itu susulan ‘baby bump’ yang sudah jelas kelihatan.



“Beginilah keadaannya (berbadan dua), insya-Allah bersalin pada Oktober nanti. Alhamdulillah fasa hamil kali ini tenang-tenang sahaja, cuma sekarang musim panas.

“Demam dan batuk itu biasalah, tapi tidak mengapa. InsyaAllah saya okay memandangkan ini kehamilan yang ketiga.

“Saya baru sahaja selesai penggambaran untuk sebuah projek bersama Eirma Fatima. Saya pegang watak wanita mengandung.

“Malah suami pun seloroh, dah tak boleh nak sorok (kehamilan) ini. Kalau ada yang tahu, tahulah. Cuma kalau nak buat pengumuman tidaklah,” katanya.


Nad berkata demikian ketika ditemui di debut koleksi penata gaya popular, Abu Shaef bersempena Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW2023) di Park Royal Collection, pada Selasa.

Ditanya mengenai ‘ragam’ kehamilannya kali ini, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu kerap mengidam Nasi Kandar.

“Saya boleh nikmati hidangan Nasi Kandar pada waktu tengahari atau malam. Cumanya saya kena kawal diet selepas dinasihati doktor susulan badan cepat sangat naik,” katanya lagi.

Terdahulu, Nad Zainal memaklumkan dia sudah pun mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ungku Ismail pada 23 Januari lalu.

Nad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 sebelum bercerai pada September tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, Nad dan Faliq dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7 dan Budi Kalsom yang kini berusia lebih dua tahun setahun.


Sumber: Media Hiburan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote likilu 23-8-2023 01:24 PM
Semalam i gi kedai beli Kalkulator saitifik fx570 tapi 2nd version, byk function lg n cantik sikit dr yg biasa

Hehe tu je nak cakap
Quote jiwakacau06 23-8-2023 01:26 PM
likilu replied at 23-8-2023 01:24 PM
Semalam i gi kedai beli Kalkulator saitifik fx570 tapi 2nd version, byk function lg n cantik sikit d ...

subur maaa... ngam2 due
Quote JunkMail 23-8-2023 01:46 PM
Sharp shooter..
Quote shernazz 23-8-2023 01:49 PM
Nad ni  Hari tu mintak.sedekah Bulan berapa EK.
Quote babynina30 23-8-2023 01:50 PM
Lps dia bangkit koma tu, mmg teros sihat, nikah n boleh pregnant ya ? Doc tak consult ke mcm hold dlu pregnancy , at least few months ?
Quote KirazMevsimi 23-8-2023 01:52 PM
.. yang kini berusia lebih dua tahun setahun. ganjil nya umur budi kalsom
Quote KirazMevsimi 23-8-2023 01:54 PM
alhamdulillah, tahniah ye nad dan mail untuk zuriat pertama mereka. moga Allah lancarkan setiap urusan. amin

oo berserai ngan faliq september 2022 rupanyaaa. terus bersambung jodoh ngn mail
Quote KirazMevsimi 23-8-2023 01:55 PM
babynina30 replied at 23-8-2023 01:50 PM
Lps dia bangkit koma tu, mmg teros sihat, nikah n boleh pregnant ya ? Doc tak consult ke mcm hold dl ...

betul tu kaka. terfikir jugak macam ni. sedikit hairan
Quote lifeline 23-8-2023 02:11 PM
kira lepas nikah 23 januari aritu terus lekat la eh?
iols xpndai bab2 kira kira ni hehehe
Quote OsHiN_hOnEy 23-8-2023 02:23 PM
nak kata bunting pelamin ker?
doakan jer lar nad, air ketuban tu bertahan sampai end of October
Quote chikumanis 23-8-2023 02:28 PM
babynina30 replied at 23-8-2023 01:50 PM
Lps dia bangkit koma tu, mmg teros sihat, nikah n boleh pregnant ya ? Doc tak consult ke mcm hold dl ...

sama2 dah tak tahan...benda sedap jangan dikontrol
Quote Kebabomb 23-8-2023 02:34 PM
Bangun dari koma terus bernafsu,, kemain Ko ye…
Quote drivethru 23-8-2023 02:36 PM
Dua2 muka pelik.
Dua2 kepam tahap dewa.
Dua2 sendu lepas nikah.
Dua2 berlagak diva pprt.
Quote missHaidiD 23-8-2023 02:38 PM
Ui lepas nikah terus nmpak busuk.  
Takde kemas2 ensem cm dulu.

Failed
Quote Aneem 23-8-2023 02:49 PM
Pandai plan tarikh beranak.
Takut dikalkulatorkan ke?
Quote ezacbee 23-8-2023 02:52 PM
drivethru replied at 23-8-2023 02:36 PM
Dua2 muka pelik.
Dua2 kepam tahap dewa.
Dua2 sendu lepas nikah.



Bersusun..
Quote edoraixora 23-8-2023 03:24 PM
sekadar recap;

sept 22 - bercerai
okt 22 - pergi bali dgn UI
nov 22 - sakit
dec 22 - pulih dari sakit
jan 23 - kahwin lain
Quote kuzaime 23-8-2023 03:25 PM
Budak ijat pernah 'merempan' isu bercinta masa masih dlm iddah. + semalam x ingat kat ig sapa, ada drama dendam seorang isteri season 2. Season 1 lakonan fasha sandha dgn NZ ni. Tp season 2 x nampak pulak bayang NZ
Quote opie5662 23-8-2023 03:35 PM
missHaidiD: Ui lepas nikah terus nmpak bus ...

Nk ckp benda sama... Nape kepam sgt heols...

Lihat semua komen(238)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.069240 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top