Sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi dikecam gara-gara memasang aksesori lampu secara berlebihan pada kenderaan mereka sehingga mengganggu pemanduan pengguna jalan raya lain pada Isnin.
Difahamkam kejadian berlaku sekitar pukul 8 malam pada Isnin, namun lokasi sebenar kejadian tidak didedahkan dalam video tular itu. Berdasarkan rakaman beberapa penunggang motosikal dilihat cuba untuk memotong sebuah kenderaan di atas lebuh raya. Akibat tidak berpuas hati dengan 'kemeriahan' lampu tersebut, individu yang merakam dilihat cuba menghalang kumpulan konvoi tersebut daripada memotong keretanya. "Kepada abang-abang dan pakcik-pakcik yang pakai motor tong siap DRL (Daytime Running Lights), LED (lampu jenis diod pemancar cahaya), fog (lampu kabus) dan spotlight macam ini tak payahlah minta kereta bagi laluan macam lorong tu awak seorang yang punya.
"Aku memang tak dapat bagi (laluan) sebab silap-silap aku ke tepi, kau pula potong kiri. Dah lampu meriah macam kedai tomyam macam tu siap beri (isyarat) lampu tinggi banyak kali, macam mana aku nak tahu kalau kau bagi signal ke apa," katanya di Facebook pada Selasa.
|
_blackbird replied at 23-8-2023 01:37 PM
ada kalau jumpa dengan rider / driver suka pakai lampu terang2 mcm ni + suka guna lampu tinggi kat j ...
ADVERTISEMENT