CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1987|Reply: 7

Kumpulan Big Bikers Dikecam, Guna Lampu 'Meriah Kedai Tomyam' Paksa Diberi Laluan

[Copy link]
Post time 23-8-2023 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi dikecam gara-gara memasang aksesori lampu secara berlebihan pada kenderaan mereka sehingga mengganggu pemanduan pengguna jalan raya lain pada Isnin.


Difahamkam kejadian berlaku sekitar pukul 8 malam pada Isnin, namun lokasi sebenar kejadian tidak didedahkan dalam video tular itu.


Berdasarkan rakaman beberapa penunggang motosikal dilihat cuba untuk memotong sebuah kenderaan di atas lebuh raya.








Akibat tidak berpuas hati dengan 'kemeriahan' lampu tersebut, individu yang merakam dilihat cuba menghalang kumpulan konvoi tersebut daripada memotong keretanya.


"Kepada abang-abang dan pakcik-pakcik yang pakai motor tong siap DRL (Daytime Running Lights), LED (lampu jenis diod pemancar cahaya), fog (lampu kabus) dan spotlight macam ini tak payahlah minta kereta bagi laluan macam lorong tu awak seorang yang punya.


"Aku memang tak dapat bagi (laluan) sebab silap-silap aku ke tepi, kau pula potong kiri. Dah lampu meriah macam kedai tomyam macam tu siap beri (isyarat) lampu tinggi banyak kali, macam mana aku nak tahu kalau kau bagi signal ke apa," katanya di Facebook pada Selasa.


  



Ujarnya lagi, penunggang motosikal berkenaan telah menyalahgunakan kemudahan lampu kabus hingga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna lain.


"Konvoi pun tak payahlah berkumpul ramai atas lebuh raya. Jalan satu-satulah senang sikit nak overtake.


"Nak berkumpul tunggu di check point. Lampu kabus dan spotlight ni patut guna untuk bagi orag nampak kewujudan awak saja. Tapi janganlah guna sampai menyusahkan orang lain. Nanti kerajaan haramkan guna lampu ni baru kalian menyesal," ujarnya.


Untuk rekod, penggunaan lampu kabus untuk lampu brek belakang secara berlebihan boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana berisiko mengundang nahas jalan raya disebabkan tahap silau tinggi.


Penggunaan lampu berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 (LN170/1959).-CARI


Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2023 11:28 AM | Show all posts
celaka nye perangai
mcm jalan tu bapak dia punye
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2023 11:31 AM | Show all posts
bukan takat motor jer annoying mcm ni. spesis 4wd pun byk. rasa mcm nak pasang mirror kat bonet kereta so that boleh reflect and pantul balik lampu tu kat driver. br padan muka.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2023 12:17 PM | Show all posts
kalau bike pakai spot light tu i ok lagi..
faham la sebab highway kan gelap..
bahaya kadang ada benda atas jalan..
but lampu lip lap tu memang annoying..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2023 12:25 PM | Show all posts
lampu macam ni, buat orang sakit kepala. dari mata terus ke otak
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2023 12:36 PM | Show all posts
bodo tak bertepian org camni...hailak pun sama..dia je terpaling ada lampu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2023 01:37 PM | Show all posts
ada kalau jumpa dengan rider / driver suka pakai lampu terang2 mcm ni + suka guna lampu tinggi kat jalan raya mmg ku bukak balik lampu tinggi kereta aku. huhuhu dah byk kali aku buat hujung2 kereta tu yg terpaksa berenti atau slow, baru tau kan ko pon tak nampak. mcm tu la yg aku tak nampak juga. padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2023 02:46 PM | Show all posts
_blackbird replied at 23-8-2023 01:37 PM
ada kalau jumpa dengan rider / driver suka pakai lampu terang2 mcm ni + suka guna lampu tinggi kat j ...

sama...bagi high beam je terus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.618111 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list