Pemain bass kumpulan Exists, Musa Radhi mengesahkan bekas vokalisnya, Mamat masih terikat dengan kumpulan mereka. Menurutnya, pembabitan Mamat bersama Exists adalah menerusi projek-projek khas dan beberapa perancangan sudah diatur untuk tujuan ini.
"Mamat tinggal di Johor Bahru dan seandainya sudah dekat dengan tarikh konsert, barulah dia akan dipanggil untuk datang praktis di Kuala Lumpur (KL). "Dia akan terbabit dalam Konsert Exists Reunion Unplugged KL pada 6 Januari 2024. Dia dah sah akan urut serta. Harap dia akan dapat melakukannya. "Ini pun kami dah senaraikan beberapa lagu yang Mamat akan sampaikan untuk konsert akan datang nanti. Saya cuma mengharapkan dia kekal sihat dan tiada masalah atau kekangan untuk ke KL nanti," katanya kepada Harian Metro.
Musa berkata, mereka juga sering memantau perkembangan Mamat menerusi pembantunya yang bernama Fairuz. "Kami dengar beberapa rakan di Johor Bahru sering maklumkan yang dia sering ke 'port' tertentu. Apa-apa info dari kawan-kawan di sana pun saya sampaikan kepada Fairuz. "Banyak benda dia buat belakang Fairuz sampaikan Fairuz pun tak dapat tahu. Kami yang minta dia jaga Mamat kerana apabila dia jaga, nampak banyak perkara boleh berjalan. "Fairuz melakukan tugasnya dengan baik dan kami berpuashati dengan dia," katanya. Musa berkata, dia dan anggota Exists lain ada berbincang dan berharap masalah akan selesai. Mereka juga mengharapkan doa-doa dari netizen agar Mamat diberikan kekuatan untuk kebaikan dirinya. "Aura dia atas pentas, kalah Ezad. Kalau boleh kami nak babitkan dia untuk semua lokasi, tapi tak semua tempat nak terima dia seperti Singapura. "Mamat lebih nampak karismanya apabila bersama band, tapi kami tak boleh ubah nasibnya kalau dia sendiri tak mampu merubah perangainya itu," katanya. Mengulas keadaan terkini Mamat yang kelihatan lebih cengkung dan kurus menerusi video yang tular, Musa berkata, mereka simpati melihat keadaannya. "Saya kasihan bila memikirkan keadaan Mamat. Tapi dia tak kan berubah dari kesakitan itu. Nasihat sebagai kawan sebagai keluarga sudah berulang kali dibuat tapi seakan tak berkesan. "Apapun, kalau kami yang pernah terluka pun atas tingkahnya dulu, namun kami masih tetap ingin berbuat sesuatu agar dia boleh mengharungi dan menikmati hujung waktu yang indah selepas apa yang pernah dimulakan bersama dulu. "Doakan kebaikan dia. Itu yang lebih kami harapkan dari semua," katanya penuh makna. Terdahulu, menerusi satu hantaran di TikTok milik @warungsiputsedut, pemilik sebenar nama Mohd Ali Kamarudin ini dilihat bersahaja menyampaikan lagu hitnya 'UntukMu Ibu' atas permintaan peminatnya yang ditemui di sebuah kedai makan. Bagaimanapun perubahan fizikal Mamat yang semakin kurus selain mata yang 'berkilat' lebih mendapat perhatian peminat. Gaya nyanyiannya juga dikatakan sudah tidak hebat dan lunak seperti dahulu. Sumber: Harian Metro |
azimodin: Wow, along dah chubby ek? Musa ...
rayray28 replied at 22-8-2023 09:31 PM
Pernah g konsert dorg masa kt stadium melawati dlu tu..mmg betul beza aura mamat masa keluar stage b ...
ADVERTISEMENT