CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Netizen ‘Berbulu’ Tengok Fasha Sandha Menari

22-8-2023 03:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5383| Komen: 47

Pelakon Fasha Sandha enggan ambil pusing dengan komen sesetengah pihak yang kurang senang melihat video dia sakan menari selepas berjaya menurunkan berat badan.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, sebaliknya menyifatkan dirinya seorang yang sentiasa ceria dan bentuk tubuh langsing bukan punca dia berani memuat naik video tersebut.



"Seorang Fasha Sandha adalah manusia yang sentiasa happy dan enjoy. Gemuk ke, berisi ke, saya tetap joget dan happy. Tiada masa nak edit gambar atau video untuk jadikan saya kurus.

"Saya tetap bahagia dan ejoy dari dulu hingga sekarang. Jadi fakta mengatakan saya berbeza ketika badan berisi adalah tidak tepat. Saya tetap sama," katanya.

Fasha menjelaskan hal tersebut bagi menjawab komen netizen menerusi sebuah video dia menari sebagai tanda gembira berjaya menurunkan berat badan.

Pada video jawapan diberikan, Fasha turut memuat naik kembali video lama aksi dia sedang menari bersama suami, pelakon Aidil Aziz serta dua anak mereka.


Dalam pada itu, aktres itu merasakan tidak perlu berasa malu untuk menjadi diri sendiri meskipun berstatus isteri orang.


"Malu pada keluarga mentua? Kenapa? Pada saya, tak perlu malu jadi diri sendiri. Tiada siapa pun sempurna di dunia ini, tiada siapa layak untuk menilai orang lain.

"Lagi malu kalau kelhatan baik tapi bersifat hipokrit, juga selalu iri hati pada orang serta berhati tidak bersih," ujarnya.

Penampilan terbaharu Fasha sering menjadi tumpuan ramai sehingga ada mendakwa dia melakukan pembedahan bariatrik sebagai jalan pintas menurunkan berat badan.

Dalam beberapa perkongsian sebelum ini, Fasha menjelaskan dia mengamalkan diet serta produk kesihatan sehingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ujio 22-8-2023 06:40 PM
Edited by ujio at 22-8-2023 05:40 PM

Alahaiii...hahahaa

Eh tapi muka tu nmpk muka elisya pula..
Quote Manusiabesa 22-8-2023 06:46 PM
Dia ni xda uban lg ke. Aku yg range 30 an ni pun dh ada uban 1. Fs dh 40 mesti byk sbnrya kan cuma asyik warnakan
Quote Pak.dolla 22-8-2023 06:55 PM
Manusiabesa replied at 22-8-2023 10:46 AM
Dia ni xda uban lg ke. Aku yg range 30 an ni pun dh ada uban 1. Fs dh 40 mesti byk sbnrya kan cuma a ...

rambut dia jenis halus mmg lambat beruban...

kalau mcm si lembaga aku ghase rambut dia cpt beruban sbb rambut dia kasaq...
Quote anony-mous 22-8-2023 06:59 PM
Tu bkn video dia masa chubby ke? Sbb part muka ketara chubby
Quote anilanil 22-8-2023 07:17 PM
Ciss.. ingatkan joget mcm babyshima atas meja. Setakat joget pargoy je.
Quote LembingDayanti 22-8-2023 07:28 PM
nak buat mcm mana.. dah laki nya dna rempit.. hujung2 terkeluar leee
Quote doubleA 22-8-2023 07:35 PM
Dah tau netizen menyampah ko rekod tengok sendiri jela pasah oi. Masa dgn jejot dulu tak la buang tebiat sgt dgn edel ni terlebih show off geletisnya iols pun naik segan tengok dua laki bini ni menari, tak nampak happening pun nampak geli je
Quote mizzy 22-8-2023 07:40 PM
doubleA replied at 22-8-2023 07:35 PM
Dah tau netizen menyampah ko rekod tengok sendiri jela pasah oi. Masa dgn jejot dulu tak la buang te ...

Dengan jejot dulu nampak classy & terjaga sikit
Quote bedahmenjuyah 22-8-2023 08:31 PM
Kawin keluarga prominen kena la jaga. Now freedom. Dia lun ckp tak nak hipokrit kan.
Quote Masukkeluar 22-8-2023 08:52 PM
doubleA replied at 22-8-2023 07:35 PM
Dah tau netizen menyampah ko rekod tengok sendiri jela pasah oi. Masa dgn jejot dulu tak la buang te ...

dulu aku mcm ok je dgn dia ni. tp
sejak kurus ni makin over. dh la suka menjawab. dgn bongkaknya bgthu xmalu pn pd mertua sbb knon dia jd diri sendiri. kesian..gigih cri duit smpai tergadai maruah mertua. jaga la air muka mertua yg bertudung labuh tu.
Quote imanjannah 22-8-2023 09:02 PM
tapi rasanya dia mmg suka nari2 gitu, pernah tgok dia nari2 gitu masa dia masih janda belum kahwin ngan Aidil lagi
Quote tulip-rain 22-8-2023 09:10 PM
Overnya cara dia jawab.
Terpaling tak hipokrit, terpaling jd diri sendiri, terpaling happy...semua dialah.
Quote mawarika 22-8-2023 09:47 PM
Biar la dia suka dance. Netizen terpaling suci alim ulama tutup je medsoc. Cantik muka time kurus ni. Mcm zaman dulu2 baru nak up.
Quote missHaidiD 22-8-2023 10:04 PM
anony-mous replied at 22-8-2023 06:59 PM
Tu bkn video dia masa chubby ke? Sbb part muka ketara chubby

[ig]https://www.instagram.com/reel/CwNRo35NpPQ/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==[/ig]


Yg ni cuols

Mmg gedik betol si sendat ni.  
Quote Masukkeluar 22-8-2023 10:11 PM
missHaidiD replied at 22-8-2023 10:04 PM
Yg ni cuols

Mmg gedik betol si sendat ni.

seksi kot tp bleh dia menjawab dgn netizen. menyampah plak aku dgn dia ni. dh la siap bangga kata mertua tak malu pn tgk dia mcm tu.
Quote Kakashial 22-8-2023 10:19 PM
Manusiabesa replied at 22-8-2023 06:46 PM
Dia ni xda uban lg ke. Aku yg range 30 an ni pun dh ada uban 1. Fs dh 40 mesti byk sbnrya kan cuma a ...

Kaka dah 40+ belum Ada uban sista. Kaka Rasa jenis rambut. Rambut kaka lebat hitam tapi halus. Adik beradik kaka pun X da uban lg. Kakak sulung I mid 50s pun kena selak2 baru jumpa selai 2
Quote SpyLeman 22-8-2023 10:51 PM
Ni baru sekufu. Masa ngan jejot dulu mcm langit dgn bumi dari segi adab dan protokol. Yg ini mmg selevel- Level rempit, berjoget pun gaya pelayan kedai tomyam.
Sejujurnya aku rasa FS mmg benar2 sedang diuji skrg. Antara pelakon yg masih laku, ada anak2, suami, mertua yg baik dan dapat kurus mcm dulu. Tatkala Allah beri semua yg ko nak, pada masa tu la ujian bermula
Quote _kelly 22-8-2023 11:10 PM
missHaidiD replied at 22-8-2023 10:04 PM
Yg ni cuols

Mmg gedik betol si sendat ni.

kurus sangat sampai takde bontot..pakai seluar tak cantik, jadi gelebeh
Quote miss_strangers 22-8-2023 11:19 PM
Aku ok je dia nak menggeletis pon sbb dia bukan jenis berbungkus cam jah n yatt sejadah n seangkatan dgnnya. Dah nama retisss..xyah espek diorg behave cam geng2 usroh yach...heliza buntang pon buat perangai gedik inikan pulak pashah yg free hair...Kita layan ja la sambil kunyah popcorn

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.092887 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top