|
Raja Bollywood, Shah Rukh Khan kembali menjadi sorotan dan topik hangat perbincangan netizen India sebaik gambar bersantai seisi keluarga di tepi pantai tular dalam media sosial. Biarpun gambar percutian luar negara itu bukan dikongsikan bintang terbabit, perkara berkenaan dijadikan bahan kutukan ramai.
Bukan disebabkan sikap sombong atau kelakuan tidak bermoral, sebaliknya kecaman menjurus kepada pemakaian dua anak pelakon itu, Suhana dan Aryan. Puteri dan puteranya yang sudah meningkat dewasa itu memilih baju mandi yang mendedahkan tubuh sehingga didakwa mencemarkan budaya masyarakat. Shah Rukh dan isterinya, Gauri dicop sebagai ibu bapa yang tidak pandai mendidik anak sehingga mereka bebas berbuat apa saja. Begitupun, segelintir peminat tidak melihat berbikini sebagai isu kerana itu persalinan sesuai ketika berenang atau berada di pantai.
Sumber: Kosmo! Online
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.155112 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.