CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

DJ Soda Dedah Pernah Dirogol Pencuri

23-8-2023 08:22 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1674| Komen: 0

Description: DJ Soda sekali lagi mencuri tumpuan apabila membuat pengakuan pernah dirogol ketika dia masih kanak-kanak.Bercerita pengalaman hitamnya itu, DJ Soda atau nama sebenarnya Hwang So Hee, 35, memberitahu ...
DJ Soda sekali lagi mencuri tumpuan apabila membuat pengakuan pernah dirogol ketika dia masih kanak-kanak. 

Bercerita pengalaman hitamnya itu, DJ Soda atau nama sebenarnya Hwang So Hee, 35, memberitahu dia mengalami trauma dan terpaksa merahsiakan perkara itu bertahun-tahun.



"Ketika saya berumur enam tahun, saya dirogol oleh pencuri. Saya berada di rumah seorang diri kerana ibu bapa saya keluar bekerja.

"Saya menipu kedua ibu bapa kerana tidak mahu mereka terkejut. Kejadian yang berlaku itu membuatkan saya mengalami selective mutism," katanya.

DJ Soda menulis perkara tersebut di laman sosial miliknya selepas meluahkan rasa kecewa apabila penampilan seksi dikatakan punca dia menjadi mangsa gangguan seksual ketika terlibat dalam acara Music Circus Festival, Osaka, Jepun baru-baru ini.

Selective mutism atau senyap terpilih merupakan keadaan di mana seseorang tu tiba-tiba menjadi pendiam dipercayai akibat trauma atau anxiety.


Sementara itu, pemuzik berasal dari Korea Selatan ini turut mendedahkan beberapa kejadian lain sepanjang hidupnya termasuk diganggu golongan kenamaan atau VIP.

"Saya mengalami gangguan seksual ketika di acara Spectrum Festival Korea pada 2018 oleh seorang VIP. Saya cuba mencari identiti individu itu namun terpaksa mendiamkan diri.

"Saya juga tidak pernah menerima permohonan maaf apabila rakan-rakan DJ dari serata dunia melakukan gangguan seksual. Saya telah dicabul beberapa kali sepanjang hidup," ujarnya.

Dalam perkongsian sama DJ Soda menegaskan bahawa penampilan seksi tidak harus dipersalahkan sepenuhnya kerana pelaku juga seharusnya bertanggungjawab atas tindakan gangguan seksual yang dilakukan mereka.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.057331 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top