CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Shah Rukh Khan Ada Sebidang Tanah Di Bulan, Hadiah Peminat Dari Australia

25-8-2023 10:55 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 18905| Komen: 14

Description: India mencipta sejarah apabila kenderaan peninjau kapal angkasa Chandrayaan-3 berjaya mendarat dan memulakan misi menerokai permukaan bulan pada Khamis.Chandrayaan-3 muncul sebagai kapal angkasa perta ...
India mencipta sejarah apabila kenderaan peninjau kapal angkasa Chandrayaan-3 berjaya mendarat dan memulakan misi menerokai permukaan bulan pada Khamis.

Chandrayaan-3 muncul sebagai kapal angkasa pertama mendarat di kutub selatan bulan, bahagian yang belum diterokai.


Pendaratan itu dibuat menerusi misi yang dikatakan penting bagi penerokaan bulan dan kedudukan India sebagai kuasa angkasa, beberapa hari selepas pendaratan milik Russia yang terhempas.


Di sebalik kejayaan misi itu, nama pelakon Shah Rukh Khan juga menjadi sebutan ramai apabila dia dikatakan memiliki sebidang tanah di bulan.

Memetik laporan India Today, Shah Rukh tidak membeli tanah tersebut sebaliknya menerimanya sebagai hadiah daripada peminat berasal dari Australia.

Menurut pelakon terkenal itu, tanah tersebut terletak di kawasan diberi nama Laut Ketenangan mengikut Lunar Registy.


Dakwanya, hadiah tersebut diberikan kepadanya bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-37 pada 2002.

"Seorang wanita warganegara Australia membeli sebidang tanah di bulan setiap tahun pada ulang tahun kelahiran saya.

"Saya juga telah menerima sijil daripada Persatuan Republik Lunar," ujarnya.

Sementara itu, peminat yang ingin dikenali sebagai Glamsham mengakui dia membeli tanah untuk Shah Rukh kerana sangat meminatinya.

Jelasnya, dia ingin melihat Shah Rukh Khan menjadi hero pertama berada di bulan.

"Saya mahu dia menjadi wira filem Hindi pertama di bulan! Saya mahu dia menjadi yang pertama dalam segala-galanya," luahnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 25-8-2023 11:04 AM
Mudah tertipu jugak atok ni
Quote helicornia 25-8-2023 11:06 AM
Kena scam ke
Quote esbok 25-8-2023 11:28 AM
mana rupa geran tanah bulan
Quote makneng 25-8-2023 01:05 PM
Wuuuiyohhhhh tanah kat bulan tuuuuu…hahaha
Quote Page88 25-8-2023 03:08 PM
Nice tho like seriously.
Quote chipsmoremore 25-8-2023 03:19 PM
harap boleh bawak semua keturunan duduk sana
Quote supernaturalee 25-8-2023 03:51 PM
"Saya juga telah menerima sijil daripada Persatuan Republik Lunar," ujarnya.


klu di bumi dokumen pemilikan tanah dipanggil geran
klu di bulan sijil je uol

sejak bila kerajaan bulan ditubuhkan
Quote Prickford 25-8-2023 03:56 PM
Time berita ni keluar, rasanya 2 years ago kot, memang kena gelak la. Ade ke pejabat tanah kat bulan tu yg kerjasama dgn ILLR kat bumi ni
Quote doubleharmonic 25-8-2023 05:48 PM
pemenat tu berurusan dengan pejabat tanah alien dan lawyer alien ke cemana
Quote Madel 25-8-2023 06:43 PM
Idols kpop ramai je yg ada tanah kat bulan
fantaik depa yg beli sempena harijadi
bukan takat tanah kat bulan
hutan pun idols ni ada tau.
Quote sleepandream 25-8-2023 10:17 PM
shah rukh khan ni islam khen...
meninggal besok kene faraid tanah kat bulan tu taw
Quote ciksom 26-8-2023 01:17 PM
Pejabat tanah mana keluarkan geran tanah di bulan?
Quote KikiHadid 28-8-2023 11:16 PM
Jadah apo niiiii

Quote A-Are 2-10-2023 02:05 PM
Mungkin tanah segenggam kot ala2 buat baja

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.267602 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top