CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anna Jobling Nak 'Try' Genre Lain, Tak Nak Terikat Naskhah Cinta

22-8-2023 11:50 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1738| Komen: 6

Mencipta nama menerusi drama berkisarkan cinta berjudul Melur Untuk Firdaus, pelakon Anna Jobling bagaimanapun enggan terus terikat dengan genre naskhah sebegitu sahaja.

Justeru, aktres berdarah kacukan Melayu-Inggeris-Portugis itu terus memberanikan diri mencuba pelbagai perkara baharu, selain menolak kekal dalam zon selesa.


Anna mahu terus konsisten memberikan hasil kerja terbaik dalam setiap tugasan atau 'job' dilakukan.


Sebagai langkah mengukuhkan kedudukannya dalam dunia lakonan, Anna tidak mahu terikat dengan naskhah cinta sahaja.

"Saya mahu jayakan watak berbeza daripada apa yang pernah dibawa. Saya mahu terbabit dalam naskhah yang bukan berkisar cinta sahaja.

"Saya mahu cari kelainan, mungkin dengan melakonkan watak aksi atau seram dan banyak lagi," katanya ditemui pada majlis sambutan hari jadinya yang ke-23 di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini.


Anna bersyukur ibu dan bapanya sentiasa menjadi sistem sokongan terkuat.

"Saya sangat bersyukur apabila dikurniakan ibu dan bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada saya sepanjang membawa diri sebagai anak seni.

"Mereka tidak pernah membiarkan saya sendiri, malah terus menjadi sumber kekuatan saya.

"Ini adalah antara anugerah yang saya sangat hargai. Mereka adalah sistem sokongan saya yang sangat kuat," katanya.

Anna atau nama sebenar, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata, masih banyak cabang seni yang mahu diterokai.

"Pada usia 23 tahun masih banyak yang saya mahu capai. Saya simpan hasrat berlakon filem, berkecimpung dalam dunia fesyen dan mengusahakan perniagaan.

"Saya mahu terus bekerja. Walaupun mungkin ada sesetengah orang anggap saya masih muda, tetapi, saya tidak mahu bazirkan masa.

"Usia saya akan meningkat. Jadi, mengapa tidak saya manfaatkan masa ini untuk terus berusaha dan kejar apa yang diimpikan," katanya kepada BH Online.

Terbaru, Anna bakal terbabit dalam penggambaran drama lapan episod di Indonesia yang akan disiarkan di platform penstriman atau Over The Top (OTT).

Pada ABPBH 35, drama lakonan Anna dan Meerqeen, Melur Untuk Firdaus turut diumum Drama Popular bagi kategori sampingan, Ekstra!


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 22-8-2023 12:11 PM
bole jadi org jahat mcm all because of you (PASAL KAU)
Quote Perawankota 22-8-2023 12:42 PM
cikatilia: bole jadi org jahat mcm all be ...
tu barakbah je boleh
Quote prince_marhaen 22-8-2023 02:32 PM
Jadi lah orang jahat macam cerita beauty pagent, trap kekawan pergi clubbing pastu sebarkan gambar kekawan.... buatlah adegan nangis2 sikit, gaduh kat club, etc etc... mesti panass....
Quote matseh 22-8-2023 03:19 PM
Kalau kat US senang berlakon cerita polis. Kat malaysia x ada.
Quote babelina 22-8-2023 04:44 PM
Edited by babelina at 22-8-2023 04:47 PM

jadi jahat, tabur pasir kat periuk nasi org.. dengki khianat.. mmg sesuai ngn ko.. sama mcm air muka ketika dia ABPBH tu..
Quote akuHavocczz 23-8-2023 12:40 AM
Dengar dengar dah putus dengan meerqeen eh. Maka benak benak mereka menjadi benakians 2.0

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.043861 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top