CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ibu Shila Amzah Dedah Bekas Madu Buat Laporan Polis Dakwa Anak Curi Kereta, ND Lala Ikut Je Arahan Macam 'Orang Bodoh'

22-8-2023 10:43 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 27601| Komen: 191|Original author: Saiful

Ibu Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman terus bersuara tentang kemelut rumah tangganya dengan bekas suami, Datuk ND Lala.

Di Instagram, Fauziah berkongsi rentetan kisah perkahwinan kedua ND Lala yang didakwa sudah berlangsung empat tahun lalu.


Menurut Fauziah, 55, dia mula menghidu perkahwinan bekas suaminya itu dengan kawan baik anak mereka sendiri pada 2019 namun cuba menyangkal khabar angin yang sampai ke telinganya ketika itu.

Foto: IG

"Pada 2019 anak sulung (Shila) memberitahu ada orang menyampaikan kepadanya yang abahnya sudah bernikah dengan perempuan ini tapi saya sendiri di dalam hati masih menafikannya.

"Saya bertemu sendiri perempuan yang bekerja dengan ND Lala dan bertanya sendiri... Jawapannya dia tidak akan melakukannya kerana dia menganggap kami suami isteri sebagai orang tuanya.

"Hakikatnya ketika itu mereka telah pun berkahwin. saya juga mendapat info daripada ahli keluarga perempuan ini yang dia sudah menghilangkan diri sejak 2016 lagi," katanya.


Dalam pada itu, Fauziah mendakwa ND Lala atau Amir Hamzah Salleh, 62, gagal dihubungi selain tidak mempedulikan keluarga ketika mereka dilanda musibah banjir pada Disember 2021.

Kata Fauziah, ND Lala menghilangkan diri hampir setahun namun tiba-tiba muncul di peringkat separuh akhir dan final program Gegar Vaganza pada November 2022 bagi memberi sokongan kepada Shila yang bertanding.



"Sepanjang tempoh ini ikatan perkahwinan kami yang pernah melalui kehidupan susah dari segi ekonomi mula bergolak.

"ND Lala menghilangkan diri selama hampir setahun sejak 28 Januari 2022... Panggilan telefon dan mesej tidak berjawab tapi tiba-tiba muncul di semi final dan final apabila Shila bertanding dalam Gegar Vaganza.

"Saya sangkakan keadaan akan jadi normal tetapi berkat doa, kebenaran yang selama ini cuba dia sembunyikan akhirnya terkeluar satu demi satu," ujarnya.


Sementara itu, Fauziah turut mendakwa isteri kedua bekas suaminya itu pernah membuat laporan polis mendakwa salah sebuah kereta yang berada di rumahnya adalah miliknya dan mendesak agar ia dipulangkan kepadanya.

Kata Fauziah, salah seorang anaknya yang menghantar kereta tersebut juga diminta memohon maaf kepada wanita tersebut secara bertulis dan perbuatan itu dirakamkan.

"Anak saya dipaksa mengaku kesilapan dan kena minta maaf secara bertulis dan menandatangani surat di depan bapa kandungnya sendiri.

"ND Lala juga suruh anak saya ikut apa sahaja perempuan itu suruh sambil dia (ND Lala) disuruh rakam guna telefon perempuan itu dengan arahannya tanpa rasa bersalah," dedahnya.


Fauziah menyebut dia pernah menganggap bekas madunya itu sebagai anak sendiri malah wanita itu pernah menjadi sahabat baik (BFF) Shila ketika mereka di sekolah.

Sementara itu, Fauziah berkata, luahan itu ditulis selepas dia melalui fasa bersedih dan kini kembali bangkit serta bersedia berkongsi kegagalan rumah tangganya agar dijadikan tauladan buat golongan wanita.

"Coretan ini saya kongsikan supaya wanita-wanita di luar sana agar lebih waspada dengan siapa yang mungkin kita anggap sebagai kakak, adik, anak atau sahabat.

"Janganlah memberi ruang terlalu luas sehingga mata kita menjadi kabur melihat drama yang akan diciptakan manusia seperti ini," luahnya.

Untuk rekod Fauziah dan ND Lala mendirikan rumah tangga pada 19 Oktober 1989.


Selain Shila, 33, mereka juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

Fauziah pada 9 Ogos lalu mendedahkan ND Lala sudah melafazkan cerai terhadapnya di Masjid Ar Rahman, Bangsar, Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu.

Bagaimanapun penyanyi berkenaan hanya memaklumkan tentang perkara itu menerusi kiriman WhatsApp pada 8 Ogos lalu. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 22-8-2023 10:46 AM
Nekpojiah kena bijam ambil peluang ni cari konek baru yg muda dan power. Takpun, enjoy life as a single woman lah.
Quote laksmanabentan 22-8-2023 10:48 AM
woww sinetron baru nih.... maduku teman anakku..
Quote naina 22-8-2023 10:53 AM
Takpelah acik..enjoy life masa tua ni dengan anak cucu je
To ND lala..selamat kembali muda dan bekerja keras semula
Quote she 22-8-2023 10:55 AM
Dah cerai kan
Patut masa netizen tertanya2 dulu
Kenapa tak story awal2

Bab curi kereta tu
Kereta tu nama isteri muda kot
Memang dikira mencuri ler
Tetambah bawa lari dari porch rumah
Dikira pecah masuk juga tu
Nasib tak kena dakwa
Quote virgocircus 22-8-2023 10:58 AM
Mane x bengang wei...kawan baik anak sendiri yg sailang. hu. Bertabahlah mamazie.
Enjoy single life je lepas ni. Atok lalat tu biar dia sengkang mata sakit badan jaga baby baru.
Quote sukacactus 22-8-2023 10:58 AM
Elok la move on akak eh
Esok2 org tua tu sakit, biar bini baru yg hadap, dia muda dan masih bertenaga
Akak pergi la berjimba2 dgn kengkawan ke GPO.
Trench coat jgn dilupa ya
Genting tu sejuk dah serupa London dah
Quote KelisaSilver 22-8-2023 10:59 AM
apa la si lalat ni nak direbut nya..... muka pun mmg nampak gatalnya.... so what do you expect. Move fwd je la.... ingat je balasan Allah nnti atas apa yg ex laki dah buat.
Quote Shayang 22-8-2023 11:05 AM
Ok je dia nk cerita
Sbb aku pun nak tau jugek
Aku rasa yg paling melukakan hati mak dia adalah budak tu dia anggap mcm anak dia, sejak sekolah dah bertunggu tangga kat umah dia. Dahla kawen dendiam, sakit woo kena tikam belakang.
Itupun dia mcm tak percaya kan bila ada org sampaikan berita tuh.
Pastuh suami menipu tak bgtau kawen dah lama, bertahun2 weh dia kena tipu.

Anggapla kisah ni dijadikan pengajaran berhati2 la dgn org sekeliling kita
Bkn sekali dua kes gini, aku ni nk panggil setazah dtg ngajar ngaji anak kat umah pun aku risau.
Quote dewi_rina 22-8-2023 11:07 AM
nak tanya pasal anak lelaki tu dah setel ke? nafkah anak dia?
Quote dewi_rina 22-8-2023 11:09 AM
Fauziah menyebut dia pernah menganggap bekas madunya itu sebagai anak sendiri malah wanita itu pernah menjadi sahabat baik (BFF) Shila ketika mereka di sekolah.


Kenapa silalat tak mengaku pempuan tu bff dia? Padahal siap ada gambar, datang rumah bagai.. Iols kalau bukan bff mmg takde nak bawak datang rumah ke apa.. Lain lah waktu raya ke apa kan..
Quote miss_strangers 22-8-2023 11:09 AM
Acik ni lagi cantik dari shue yg muda tu..mudahan cepat dpt jodoh Duda pencen / anak hekan bujang...
Quote ira_229 22-8-2023 11:12 AM
cerita lebih kurang penyondol tersohor...mula2 adik angkat lepas tu dengan laki sekali kena angkat.  Bermusim betul lepas covid ye...jantan2 tua gatal nk lepaskan bill air yg dah lama tersekat masa covid...
Quote Shayang 22-8-2023 11:14 AM
[attach]2632063[/attach]
she replied at 22-8-2023 10:55 AM
Dah cerai kan
Patut masa netizen tertanya2 dulu
Kenapa tak story awal2


Kereta tu ada kisah tersendiri rupanya
Gara2 kereta tu la lakinya kantoi
Sblm ni kan tak percaya org cerita laki dah kawen lain. D480870F-8665-4DAA-B963-8F168F080E13.jpeg 9E63E518-218C-4162-B2BE-4DA6D8BBD39F.jpeg
Quote Prickford 22-8-2023 11:14 AM
Terkilan jugak baca tang kena banjir teruk tu. Si Charlie Chaplin takde rupanya.
Quote CiliPadiSedap 22-8-2023 11:15 AM
agak2nya apa cerita isteri pertama yang di sondol friska? mesti ada version plot twist kan? selama ni friska burukkan isteri pertama dalam forum.

penyondol wajar dibakar dalam api neraka kerana merosakkan masjid mahligai rumah tangga orang lain.
Quote cikperiukkera 22-8-2023 11:15 AM
dewi_rina replied at 22-8-2023 11:09 AM
Kenapa silalat tak mengaku pempuan tu bff dia? Padahal siap ada gambar, datang rumah bagai.. Iols  ...

Saling x tumpah mcm kes penyanyi bernombor dulu..selalu ke rumah,jd adik angkat bagai tup2 laki kena rembat.
Quote primarikey 22-8-2023 11:16 AM
Ala 4,5 taun lg ok la hubungan acik pojiah dgn madu...mcm penyanyi bernombor
Quote anony-mous 22-8-2023 11:17 AM
she replied at 22-8-2023 10:55 AM
Dah cerai kan
Patut masa netizen tertanya2 dulu
Kenapa tak story awal2

Problem is smpai nk merakam2 siap permohonan maaf bertulis tu apehal? Betina tu rampas laki org xde plak minta maaf?
Quote tipah89 22-8-2023 11:19 AM
untuk usia mcm acik pojiah ni, memang dikira masih letop lah. berdiri sebelah bini nabil pun still nampak dia lawa... xpela acik carikla dato lain or tan sri ka kannn...boleh pegi jauh lagi acik ni.

Lihat semua komen(191)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.061387 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top