Riena Diana masih tertunggu-tunggu tawaran watak yang boleh menandingi karakter sebagai Lailer menerusi drama bersiri Kampung People. Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 26, berkata, populariti wataknya itu juga sudah sebatinya dengan dirinya sehinggakan personaliti Lailer mempengaruhi karakternya yang sebenar.
"Saya sejujurnya tak kisah dan selesa apabila orang panggil saya Lailer... Watak itu pun sudah sebati dengan diri saya. "Dulu saya macam introvert sikit tapi bila dah bawa watak itu, dia (Lailer) buat saya tukar karakter sedikit yang lebih ceria dan saya suka karakter ini," katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT