CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cukuplah! Tiada Lagi Babak ‘Mesra’ Selepas Ini – Afieq Shazwan

21-8-2023 10:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8421| Komen: 37

“Ketika diminta buat babak mesra itu (merangkul Fasha) saya agak berat hati sebab tak biasa.  Selepas ini mungkin tidak akan ada lagi paparan sebegitu kerana saya sendiri pun tak selesa.”

Demikian respons pelakon Afieq Shazwan apabila aksi merangkul Fasha Sandha dalam Rampas Cintaku 2 dikecam teruk netizen.

Menurut aktor berusia 26 tahun itu, segala teguran diterima dengan sepenuh hati bahkan selepas ini dia akan lebih peka selain berhati-hati dalam menjaga batasan.


“Nak tolak pun tak boleh, saya dah setuju untuk musim dua ini. Sebenarnya bila tengok balik bagi saya adegan itu ‘under control’, ada yang lebih daripada itu diminta buat tetapi saya tolak.

“Secara peribadi, cukuplah tampil dengan babak mesra dalam cerita ini, lepas ini tiada lagi. Saya yang pilih begitu kerana rasa tak selesa,” katanya yang memulakan karier sebagai penyanyi.

Afiq bagaimanapun memaklumkan sebelum melakukan babak itu, dia mendapatkan keizinan suami Fasha iaitu Aidil Aziz terlebih dahulu.

Katanya, Aidil yang turut membintangi drama bersiri terbabit memahami kehendak skrip serta keperluan adegan asalkan tidak melampau.

“Saya sedar benda itu boleh mengundang kecaman dan saya sendiri ada tanya kak Fasha macam mana kalau kena kecam.

“Niat kita untuk bekerja sahaja, tak lebih daripada itu. Digambarkan watak kami pun sudah berkahwin, jadi mesranya kena lebih bagi membezakan hubungan dengan musim pertama, tetapi tidaklah berlebihan.

“Suami kak Fasha, Abang Aidil pun turut berlakon dalam drama ini dan dia pun memahami. Dia kata kita kena profesional.

“Kami tiada niat cetuskan kontroversi, cuma tak jangka benda itu jadi perhatian,” katanya kepada HibGlam selepas sidang media Demi Negaraku dan pelancaran Home of Kid, baru-baru ini.

Sebelum ini tular video dan foto memperlihatkan adegan mesra antara Afieq dan Fasha yang menjadi isterinya dalam drama berkenaan ketika menjalani penggambaran sekitar bulan lalu.

Afieq yang memuat naik gambar dan klip video di tepi pantai menerusi Instagramnya menuai kecaman netizen yang menempelak aksi mesra mereka.

Sementara itu, naskhah untuk siaran platform penstriman yang masih menjalani penggambaran dijadualkan menemui penonton dalam tempoh terdekat. 


Sumber: HibGlam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shahirakay 21-8-2023 10:38 PM
Takpe la dik. Sebab pada akak ko ni helok juga, maka dimaafkan la. Muda-muda okay la merasa scene scene daring. Kalau dah tua tua pun duk kebulur aksi daring lagi memang selayaknya dikecam la.
Quote lanacondor 21-8-2023 11:12 PM
Dah knp pulak si fasha jd heroin? xde artis muda lain ke?
Quote LadyCarefree 21-8-2023 11:25 PM
lanacondor replied at 21-8-2023 10:12 PM
Dah knp pulak si fasha jd heroin? xde artis muda lain ke?

Mungkin cerita pompan berumur kahwin dgn mat muda. Kan skrng banyak gitu.
Quote cahaya_almas 21-8-2023 11:27 PM
I kinat jgk bdk ni..suara pn best..tp syg lgu kurang best...sama dgn amir masdi..suara best tp tkde lgu yg betul2 boleh naikkan nama dia.
Quote esteryen 21-8-2023 11:57 PM
fasha ni lepas berjaya slim down body dia makin lawa, dia antara minoriti yg slim down dan looks great! majority lepas slim down mesti nampak x sihat or biasa2 tapi fasha lepas slim down mmg letop, mesti Jejai geram tgk but too sad, fasha dah berpunya
Quote bottombikini 22-8-2023 07:37 AM
Edited by bottombikini at 22-8-2023 07:38 AM

pasah dah meletup belakon filem
time tu dak ni baru kanak2 riang nak masuk popstar ke ape tu

cari la pelakon yg sekufu sikit haiyoo
Quote cikperiukkera 22-8-2023 08:53 AM
bottombikini replied at 22-8-2023 07:37 AM
pasah dah meletup belakon filem
time tu dak ni baru kanak2 riang nak masuk popstar ke ape tu


Dh dlm cerita tu mmg bdk ni jd ank ikan fasha chuolsss…season 2 ni upgrade jd laki…
Quote lasagna 22-8-2023 08:57 AM
ghisau dia.. dh ler bini org tu
Quote bottombikini 22-8-2023 09:15 AM
cikperiukkera replied at 22-8-2023 08:53 AM
Dh dlm cerita tu mmg bdk ni jd ank ikan fasha chuolsss…season 2 ni upgrade jd laki…

kesahnyeeee.....

tapi dak ni lagu dia yg duet dgn si tajul tu sedap gak
Quote esbok 22-8-2023 09:25 AM
Niat untuk kerja ni, kene pikir balik, kita ni kerja untuk apa. Kalau kerja untuk cari makan, makan untuk apa. Kalau kata makan untuk hidup, hidup untuk siapa. Jadi kau pusing sendiri lah pikir
Quote mamajawie 22-8-2023 10:40 AM
nampak pasah lgi muda dri si afiq ni siap ada crowfeet..best ke citer ni nk tgok kt mana?
Quote naina 22-8-2023 10:47 AM
Geli la..pasah dengan edel pun sanggup ya demi sesuap duit
Profesional hangguk hang

Quote dewi_rina 22-8-2023 10:56 AM
Kalau bujang, muda atau J sesuai lagi kot.. ni ada laki nak buat watak macam tu, budak tu pun naik segan
Quote sukacactus 22-8-2023 11:00 AM
Sian budak n, dia xbiasa
FS dah teramat biasa peluk2 guling2 tu, dah xheran
Quote virgocircus 22-8-2023 11:03 AM
Iols tgk yg s1 kat iqiyi...ade scene edel dgn pasah..mentang2 laki bini, dah mcm slap/kiss lakorn iols tgk. Kalo ummah mesia open minded, mesti dorg dah lama ade kiss scene. Hehehe
Quote kuceeng 22-8-2023 11:39 AM
Edited by kuceeng at 22-8-2023 11:41 AM

dah name pon industri hiburan, mmg penuh la dgn kemaksiatan dan kelaghaan, netizen melayu msia ni nak expect dorg jage batas bendenye? yg budak ni, ko dh decide nak jadik pelakon so sepatutnye tau la ape yg ko dh sign up for, gituuu..skrg ni lagi, bile tgk pelakon2 pompuan berhijab scene gf bf laki bini pegang2 smpi atas katil tu lagi x patot
Quote Kurex 22-8-2023 12:07 PM
Baik rangkul kurex ni haaaaa
Rangkul kurex best tau!
Quote red_velvet 22-8-2023 12:13 PM
lanacondor replied at 21-8-2023 11:12 PM
Dah knp pulak si fasha jd heroin? xde artis muda lain ke?

Dalam Rampas Cintaku 1 fasha jadi mak gula heshe... Lepas tu terjatuh cinta, deme pun kawin ...cerita ni season 1 memang daring ...ada babak bunyi udang ya
Quote adeqbun 22-8-2023 01:56 PM
wlupon fasha nmpk cantik dan muda..tp disebabkan ai tau umur die,ai tehtap rs mcm pedo je bermesra lebih2an ngan afiq ni...paht mcm bangga sgt lak tu kot ye pon nak promo drama ni

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.055143 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top