CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jari Kaki Amelia Handerson Patah Terlanggar Bucu Katil- Jadi Senget, Tak Nak Bedah Sebab Sibuk Kerja

21-8-2023 07:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24599| Komen: 34

Amelia Henderson mengalami kecederaan pada jari kaki kirinya selepas terlanggar bucu katil.

Sewaktu kejadian berlaku dia sedang berjalan menuju ke bilik air untuk memberus gigi. Namun tidak sengaja kakinya telah terlanggar bucu katil di biliknya.


Foto: IG

Jelas Amelia, dia kemudian mendapati beberapa jari kakinya telah beralih dari kedudukan asal sebelum bertindak untuk mendapatkan rawatan di hospital.

"Tiada yang serius sangat, tapi ceritanya agak memalukan sikit. Saya baru balik kerja, dua hari lepas. Masa itu dah mengantuk sangat-sangat.

"Waktu itu dalam dua pagi saya dah nak tidur, tapi sebelum tidur nak pergi berus gigi. Tengah nak berjalan menuju ke bilik air, saya terlanggar bucu katil. Ada bunyi dan memang sakit.



"Saya ingat sakit biasa, kemudian saya duduk dan lihat jari kaki saya macam dah sengit. Saya dah risau sebab nampak macam dah teruk.

"Kemudian saya terus telefon adik saya suruh kejutkan ibu. Saya tanya mereka apa patut saya buat. Adik saya datang rumah dan bawa saya pergi hospital,"katanya kepada OhBulan.

Doktor mengesahkan jari kakinya telah patah (multiple fracture) dan dinasihatkan untuk melakukan pembedahan.


Namun aktres itu enggan berbuat demikian berikutan masih ada tuntutan kerja yang perlu diselesaikan.

"Saya ingat jari kaki saya terkehel (discolated), rupanya bukan terkehel tapi multiple fracture (patah dalam), bukan satu tapi ada beberapa bahagian juga.

"Pihak hospital minta saya duduk wad dan buat pembedahan, tapi waktu itu dah tengah malam, saya balik rumah.

"Paginya bila dah siang, saya datang semula ke hospital beritahu doktor saya tak boleh buat pembedahan sebab kerja dan penggambaran masih banyak.


"Jadi doktor hanya balut jari kaki dan saya juga akan buat temu janji susulan untuk pastikan pembedahan itu diperlukan atau tidak.

Susulan itu, aktres berusia 28 tahun itu berkata dia terpaksa menggunakan kasut jenis boot khas untuk membantu pergerakannya.


"Buat masa sekarang ini saya perlu pakai kasut boot khas untuk tiga hingga empat minggu paling minima. Kalau tak buat pembedahan harap akan okey balik.

"Memang sakit dan sedikit sebanyak menyusahkan kerja saya. Sebab kena pakai kerusi roda dan susah nak berjalan. -CARI

Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote winky1 21-8-2023 07:19 PM
Wow kuat sungguh  mempertahan prinsip dan maruah. So tak jadi ke masuk miss Malaysia tu?
Quote Aneem 21-8-2023 07:43 PM
Pathetic kau ni nyah
Totop puting saja pun org tak pedulik kewujudan kau
Sedihhhh hidup kau
Quote LadyCarefree 21-8-2023 08:19 PM
Terpaling pekerja.

Nothing is worth more than health.
Quote cikatilia 21-8-2023 09:13 PM
Jadi cacat kekal kang nata sbb tak treat sebelum parah.
Quote Buritan 21-8-2023 09:19 PM
Allah itu adil no.. dia kaya sepak sikit patah..
Aku ni semikin sepak tak patah.. letak minyak gamat ok..

Hahahaha
Quote esbok 22-8-2023 09:16 AM
Tengah fresh tu baik lah treat
Quote cm_vungtau 22-8-2023 09:18 AM
Kerja kuat sangat pun last2 duit habis bayar saman.
Quote She-Ra 22-8-2023 09:21 AM
kerja diutamakan, kesihatan dikemudiankan
kang kesihatan jatuh merundum, takleh kerja lg, kwn2 boleh buat tabung sumbangan
Quote Sazreena 24-8-2023 03:54 PM
Kalau x kena bedah then hadap je la pakai splin sampai baik cam aku dulu. Jari kaki kiri kanan pernah patah. Satu sebab tersepak kaki sofa. Satu lagi salah position nak bersila, pastu terlipat and patah. Yg sakit tu masa doktor tarik ejas balik position tulang tu. Skang ko leh la eksyen nak utamakan keje. Melarat sok sendiri mau ingat.
Quote nono86 24-8-2023 10:33 PM
Jari kaki patah ni nampak je kecik isunya..tapi dapat cuti 2 bulan wei
Quote jalfa 24-8-2023 10:34 PM
Menjaja je la keja ko....terpaling.boleh kawan dgn YH...belanja rakyat ig
Quote SohaiLaksawi 25-8-2023 12:01 PM
taknak operate tampal selotape macam karim benzema
Quote Belibis 25-8-2023 12:02 PM
Bakalan pupus awal dari radar dia nih..
Quote Prickford 25-8-2023 12:29 PM
Buritan replied at 21-8-2023 01:19 PM
Allah itu adil no.. dia kaya sepak sikit patah..
Aku ni semikin sepak tak patah.. letak minyak gamat ...

Berjuta kali kot tersepak kaki katil, takdenye patah. 10 tahun katil duduk dekat tempat yg sama, masih lagi tersepak, tak patah2. Silap2 katil yg kena tukar
Quote anilanil 25-8-2023 12:57 PM
Kena kirija la mau cari wang bayar saman. Tapi i think mesti nanti kipas susah mati dia buat fund nak bayar ke tokda. Harap2 bayar pakai duit la, jgn buat benak mcm ali susun nak bayar pakai moto. Btw sila la guna otak IQ 180 tu sikit. Health is priceless. Ke sebab kena kirija gak bahana sign contract membuta tuli?
Quote anony-mous 25-8-2023 01:02 PM
Dia ni lg lawa dari anna jobling but in term of works, nmpk anna tu lebih serious n classy
Quote immortallez 25-8-2023 01:38 PM
Dia ni dh mcm nk bogel pun ada kalau berpakaian. Tp tetap la nmpk murahan & tak kemana pun dlm industri. Ada ke org nk ambik dia berlakon lpas kejadian dia dgn A Aida tu
Quote likilu 25-8-2023 01:52 PM
Dia memang dari umur sepuluh bulan terpaling busy kerja menyara keluarga kan?

Tenggelam timbul je kot minachi ni
Alahai
Quote jambatannetizen 25-8-2023 02:40 PM
anony-mous replied at 25-8-2023 01:02 PM
Dia ni lg lawa dari anna jobling but in term of works, nmpk anna tu lebih serious n classy

Dia ini dulu duduk LA kan? Lepastu tak boleh adapt sebab kat LA orang tak pandang rupa mcm dia. Matsalleh kan suka muka2 asli gitu. Mai sana, she’s nothingggg, thats why sheols balekk.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.313941 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top