CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nahas Elmina: Kotak Perakam Suara Kokpit Hangus, Sukar Dapatkan Data Rakaman Dalam Pesawat

21-8-2023 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10940| Komen: 179

Putrajaya: Kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu disahkan hangus terbakar menyebabkan Biro Keselamatan Kemalangan Udara (BSKU) berdepan kesukaran mendapatkan data.


Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, pihak berkuasa itu bagaimanapun berhasil membuka CVR terbabit dan berjaya mengeluarkan komponen 'memory puck' yang mengandungi data rakaman suara dalam pesawat terbabit.

Katanya, CVR bersama komponen itu sudah dihantar ke makmal Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan di Singapura untuk mendapatkan rakaman suara 30 minit terakhir dalam kokpit pesawat berkenaan.

Foto: Harian Metro

"Apabila (CVR) dihantar ke makmal BSKU, (mereka) mendapati CVR terbabit rosak teruk di bahagian luar dan selepas itu kita mendapat tawaran bantuan teknikal dari pihak Singapura.

"Pakar mereka datang ke Malaysia pada Jumaat lalu dan keesokannya berjaya membuka CVR serta mengeluarkan komponen 'memory puck.'


"Komponen 'memory puck' itu didapati masih dalam keadaan baik, namun oleh kerana kita tidak ada peralatan untuk mendapatkan data dalam 'memory puck' itu, ia dihantar ke Singapura semalam," katanya ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan nahas pesawat berkenaan, di sini, hari ini.

Loke berkata, ketika ini pegawai BSKU yang mengetuai siasatan nahas terbabit, Brigadier Jeneral Tan Chee Kee dari Tentera Udara Diraja Malaysia masih berada di Singapura bersama pakar lain untuk mendapatkan data rakaman suara itu.

Katanya, disebabkan keadaan CVR tidak sempurna, pihaknya tidak boleh memberikan jangka masa tepat mengenai bila data itu akan diperoleh kerana ada isu teknikal perlu diatasi oleh pakar siasatan.

"Memang kita sedang cuba mendapatkan data terbabit. 'Memory puck' sudah dikeluarkan dan kita perlu mendapatkan data berkenaan, setakat ni kita masih mencuba di makmal di Singapura.

"Jadi saya berharap semua pihak memberikan sedikit masa kepada pakar kita untuk mendapatkan (data) rakaman (suara dalam kokpit) terbabit," katanya.

Ditanya aspek lain yang disiasat BSKU, Loke berkata, pasukan penyiasat terbabit akan melengkapkan laporan awal yang dijangka dikeluarkan dalam tempoh sebulan.

"Siasatan juga akan dibantu beberapa pihak lain termasuk Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat (AS).

"NTSB terbabit dalam siasatan ini kerana pesawat terbabit adalah buatan AS, malah pendaftarannya juga di bawah AS.

"Jadi mengikut Annex 13 – Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (ICAO Annex 13), pengeluar pesawat itu perlu terbabit dalam membantu siasatan," katanya.

Dalam kejadian 2.50 petang, Khamis lalu, 10 lelaki disahkan maut selepas pesawat terbabit terhempas di Elmina.

Lapan yang maut adalah penumpang dan dua kru pesawat manakala dua lagi ialah pemandu kereta dan penunggang motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat terhempas.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai Datuk Seri Johari Harun antara individu yang disahkan terkorban dalam nahas itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 21-8-2023 05:42 PM
Ingatkan kotak perakam suara tu sejenis yang kalis api..
Quote kakikuDibibirmu 21-8-2023 05:44 PM
Dah dapat blackboard, hangus lah pulak
Quote Radzor 21-8-2023 05:47 PM
singapork yg kecik tu mengatasi mesia yg besar ni
Quote epullipan 21-8-2023 05:48 PM
semoga dipermudahkan urusan agar terlerai semua kebenaran
Quote monsterwife 21-8-2023 05:49 PM
Blackbox ke blackboard ye?
Quote tumpanglalu74 21-8-2023 05:49 PM
Edited by tumpanglalu74 at 21-8-2023 05:53 PM

Ye ke?  Harap2 takde la sora pilot kasi tau situasi sebenar contoh macam lost kontrol ke hape..  Atopon peluru sesat ke.

Habes simple serahkan je la kotak tu kat team US aviation expert yang dah datang sini tu.  

https://www.malaysianow.com/news ... stigate-plane-crash
Quote lanacondor 21-8-2023 10:02 PM
Mcm bau2 ikan je. Knp anta kt Singapore?kno xbg kt expert us je. Lain mcm geng2 dorg ni
Quote Tinot7 21-8-2023 10:05 PM
monsterwife replied at 21-8-2023 05:49 PM
Blackbox ke blackboard ye?

Kotak itam.

Papan itam tu hat yg depan klas masa jaman dolu2, cikgu ngajaq tulis pakai kapur
Quote B40tastePosh 21-8-2023 10:10 PM
Semoga dipermudahkan
Quote Samerosie 21-8-2023 10:28 PM
lanacondor replied at 21-8-2023 10:02 PM
Mcm bau2 ikan je. Knp anta kt Singapore?kno xbg kt expert us je. Lain mcm geng2 dorg ni

Tak de nye bau ikan.  Siapa aja dlm plane to yg org nak buat dajal pun.  Singapore ada lab derang pun dah offer, penyiasat dr US pun dah turun tu dlm artikel.
Quote tumpanglalu74 21-8-2023 10:35 PM
lanacondor replied at 21-8-2023 10:02 PM
Mcm bau2 ikan je. Knp anta kt Singapore?kno xbg kt expert us je. Lain mcm geng2 dorg ni

Pulaknye US ni hantar pakar warge emas yang macam atok2 ni awat???

[tiktok]7269620997710515474[/tiktok]
https://www.tiktok.com/@awesometv.my/video/7269620997710515474

Punah harapan haku nak dapat closure..  

Usahkan nak bawak blackbox.  Entah2 kiok kat sini dapat heat strok ke hape kene hangkot balek jenazah dorang sekali..
Quote grouper 21-8-2023 11:06 PM
Bukan ke benda ni dicipta untuk kalis api letupan dan sebagainya...made in china kot
Quote edayildiz 21-8-2023 11:56 PM
tumpanglalu74 replied at 21-8-2023 10:35 PM
Pulaknye US ni hantar pakar warge emas yang macam atok2 ni awat???



hhahaha lawak la kal tumpang ni..
tp bethol mmg kertu naw
Quote Suchi 22-8-2023 12:00 AM
tumpanglalu74 replied at 21-8-2023 10:35 PM
Pulaknye US ni hantar pakar warge emas yang macam atok2 ni awat???



Dah nak yg pakar sgt, dah tentu la lagi tua lagi pakar.
Pengalaman dah byk kang bg bbnu org tak yaqqin puleksss
Quote Simunggu 22-8-2023 08:03 AM
apa kau fikir kalau mereka dapat info mereka mau share...come on lah grow up..
Quote adeqbun 22-8-2023 08:06 AM
Perawankota replied at 21-8-2023 05:42 PM
Ingatkan kotak perakam suara tu sejenis yang kalis api..

pttnya mcm tu...pelik pulak kata hangus..ntah la,rs mcm nak hide something pulak...
Quote stingerpressor 22-8-2023 08:29 AM
Bangunan mencakar langit....bangunan bangunan kerajaan #putrajaya bagai syurga dunia...nak buat lab test sampai perlu ke spurs?

Kimarkkkk apo kewww?
Quote ciklahcuteII 22-8-2023 08:30 AM
lanacondor: Mcm bau2 ikan je. Knp anta kt  ...

tu la..kan.. ????????️
jika ada pengkhianatan, kes akan diserahkan kpd pihak polis, kan?
Quote stingerpressor 22-8-2023 08:31 AM
adeqbun replied at 22-8-2023 08:06 AM
pttnya mcm tu...pelik pulak kata hangus..ntah la,rs mcm nak hide something pulak...

The very reason kotak tersebut diletak didalam pesawat to withstand adversities during emergency atau tragedy......

Lihat semua komen(179)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.048614 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top