View: 11342|Reply: 177
|
Nahas Elmina: Kotak Perakam Suara Kokpit Hangus, Sukar Dapatkan Data Rakaman Dalam Pesawat
[Copy link]
|
|
Putrajaya: Kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu disahkan hangus terbakar menyebabkan Biro Keselamatan Kemalangan Udara (BSKU) berdepan kesukaran mendapatkan data.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, pihak berkuasa itu bagaimanapun berhasil membuka CVR terbabit dan berjaya mengeluarkan komponen 'memory puck' yang mengandungi data rakaman suara dalam pesawat terbabit.
Katanya, CVR bersama komponen itu sudah dihantar ke makmal Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan di Singapura untuk mendapatkan rakaman suara 30 minit terakhir dalam kokpit pesawat berkenaan.
 Foto: Harian Metro
"Apabila (CVR) dihantar ke makmal BSKU, (mereka) mendapati CVR terbabit rosak teruk di bahagian luar dan selepas itu kita mendapat tawaran bantuan teknikal dari pihak Singapura.
" akar mereka datang ke Malaysia pada Jumaat lalu dan keesokannya berjaya membuka CVR serta mengeluarkan komponen 'memory puck.'
"Komponen 'memory puck' itu didapati masih dalam keadaan baik, namun oleh kerana kita tidak ada peralatan untuk mendapatkan data dalam 'memory puck' itu, ia dihantar ke Singapura semalam," katanya ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan nahas pesawat berkenaan, di sini, hari ini.
Loke berkata, ketika ini pegawai BSKU yang mengetuai siasatan nahas terbabit, Brigadier Jeneral Tan Chee Kee dari Tentera Udara Diraja Malaysia masih berada di Singapura bersama pakar lain untuk mendapatkan data rakaman suara itu.
Katanya, disebabkan keadaan CVR tidak sempurna, pihaknya tidak boleh memberikan jangka masa tepat mengenai bila data itu akan diperoleh kerana ada isu teknikal perlu diatasi oleh pakar siasatan.
"Memang kita sedang cuba mendapatkan data terbabit. 'Memory puck' sudah dikeluarkan dan kita perlu mendapatkan data berkenaan, setakat ni kita masih mencuba di makmal di Singapura.
"Jadi saya berharap semua pihak memberikan sedikit masa kepada pakar kita untuk mendapatkan (data) rakaman (suara dalam kokpit) terbabit," katanya.
Ditanya aspek lain yang disiasat BSKU, Loke berkata, pasukan penyiasat terbabit akan melengkapkan laporan awal yang dijangka dikeluarkan dalam tempoh sebulan.
"Siasatan juga akan dibantu beberapa pihak lain termasuk Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat (AS).
"NTSB terbabit dalam siasatan ini kerana pesawat terbabit adalah buatan AS, malah pendaftarannya juga di bawah AS.
"Jadi mengikut Annex 13 – Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (ICAO Annex 13), pengeluar pesawat itu perlu terbabit dalam membantu siasatan," katanya.
Dalam kejadian 2.50 petang, Khamis lalu, 10 lelaki disahkan maut selepas pesawat terbabit terhempas di Elmina.
Lapan yang maut adalah penumpang dan dua kru pesawat manakala dua lagi ialah pemandu kereta dan penunggang motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat terhempas.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai Datuk Seri Johari Harun antara individu yang disahkan terkorban dalam nahas itu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan kotak perakam suara tu sejenis yang kalis api.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah dapat blackboard, hangus lah pulak |
|
|
|
|
|
|
|
singapork yg kecik tu mengatasi mesia yg besar ni |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan urusan agar terlerai semua kebenaran |
|
|
|
|
|
|
|
Blackbox ke blackboard ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tumpanglalu74 at 21-8-2023 05:53 PM
Ye ke? Harap2 takde la sora pilot kasi tau situasi sebenar contoh macam lost kontrol ke hape.. Atopon peluru sesat ke. 
Habes simple serahkan je la kotak tu kat team US aviation expert yang dah datang sini tu.
https://www.malaysianow.com/news ... stigate-plane-crash |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm bau2 ikan je. Knp anta kt Singapore?kno xbg kt expert us je. Lain mcm geng2 dorg ni |
|
|
|
|
|
|
|
monsterwife replied at 21-8-2023 05:49 PM
Blackbox ke blackboard ye?
Kotak itam.
Papan itam tu hat yg depan klas masa jaman dolu2, cikgu ngajaq tulis pakai kapur |
|
|
|
|
|
|
|
lanacondor replied at 21-8-2023 10:02 PM
Mcm bau2 ikan je. Knp anta kt Singapore?kno xbg kt expert us je. Lain mcm geng2 dorg ni
Tak de nye bau ikan. Siapa aja dlm plane to yg org nak buat dajal pun. Singapore ada lab derang pun dah offer, penyiasat dr US pun dah turun tu dlm artikel. |
|
|
|
|
|
|
|
lanacondor replied at 21-8-2023 10:02 PM
Mcm bau2 ikan je. Knp anta kt Singapore?kno xbg kt expert us je. Lain mcm geng2 dorg ni
Pulaknye US ni hantar pakar warge emas yang macam atok2 ni awat???
https://www.tiktok.com/@awesometv.my/video/7269620997710515474
Punah harapan haku nak dapat closure..
Usahkan nak bawak blackbox. Entah2 kiok kat sini dapat heat strok ke hape kene hangkot balek jenazah dorang sekali..  |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke benda ni dicipta untuk kalis api letupan dan sebagainya...made in china kot |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 21-8-2023 10:35 PM
Pulaknye US ni hantar pakar warge emas yang macam atok2 ni awat???
hhahaha lawak la kal tumpang ni..
tp bethol mmg kertu naw |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 21-8-2023 10:35 PM
Pulaknye US ni hantar pakar warge emas yang macam atok2 ni awat???
Dah nak yg pakar sgt, dah tentu la lagi tua lagi pakar.
Pengalaman dah byk kang bg bbnu org tak yaqqin puleksss |
|
|
|
|
|
|
|
apa kau fikir kalau mereka dapat info mereka mau share...come on lah grow up..
|
|
|
|
|
|
|
|
pttnya mcm tu...pelik pulak kata hangus..ntah la,rs mcm nak hide something pulak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bangunan mencakar langit....bangunan bangunan kerajaan #putrajaya bagai syurga dunia...nak buat lab test sampai perlu ke spurs?
Kimarkkkk apo kewww? |
|
|
|
|
|
|
|
lanacondor: Mcm bau2 ikan je. Knp anta kt ...
tu la..kan.. ????????️
jika ada pengkhianatan, kes akan diserahkan kpd pihak polis, kan? |
|
|
|
|
|
|
|
adeqbun replied at 22-8-2023 08:06 AM
pttnya mcm tu...pelik pulak kata hangus..ntah la,rs mcm nak hide something pulak...
The very reason kotak tersebut diletak didalam pesawat to withstand adversities during emergency atau tragedy......
|
|
|
|
|
|
|
| |
|