CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fatin Afeefa Tak Berani Cakap Dah Bertudung, Takut Buka Kembali

21-8-2023 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2070| Komen: 10

Fatin Afeefa dilihat sering memuat naik foto memakai tudung di media sosialnya. 

Disebabkan itu ramai tertanya-tanya sama ada pelakon ‘Tentang Bulan’ ini sudah sepenuhnya berhijab ataupun tidak.


Foto: IG

Difahamkan Fatin berkata dia sedang berusaha untuk memakai hijab.

"Saya mencuba sebenarnya. Saya tak kata saya pakai hijab sepenuhnya. Tapi saya boleh kata yang saya sedang cuba untuk jadi yang lebih baik. Jadi diri saya sendiri dan penampilan saya. Saya cuba slow-slow. Tak berani nak cakap. Orang cakap iman orang turun naik. Oleh sebab itu, saya tak berani nak cakap yang saya dah sepenuhnya berhijab," katanya kepada Media Hiburan.


Tambahnya istiqamah bukan suatu perkara yang mudah.


"Jadi bila saya dah keluar kenyataan macam saya berhijrah kerana itu ini…orang akan terus anggap kau kena jadi ustazah. Jadi saya tak suka macam itu. Lebih suka saya katakan mahu cuba jadi yang terbaik."

Fatin memberitahu suaminya sangat gembira tatkala melihatnya memakai tudung.



"Suami saya sangat gembira dan dialah orang yang paling bahagia sekali. Sebab dia tak pernah paksa saya. Dia tak pernah kata pakailah tudung. Malah, dia sangat beri sokongan masa saya pakai tudung. Dia tanya tak nak beli jubah ke? Dia menggalakkan saya. Pada masa yang sama tidak menyakitkan hati.

"Saya pernah depress masa balik dari umrah dan tak mahu jumpa siapa-siapa. Baju saya semua seksi. Dia cakap tak apa jom shopping online. Jadi dia buat saya rasa terharu dengan sokongan itu."



Bercerita mengenai perkembangan terkini, Fatin memaklumkan dia hanya fokus terhadap perniagaan dan menjadi duta produk. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 22-8-2023 08:53 AM
tahan ke ko pating xtnjuk rmbut cantek ko tuu..........jap lagi aku kompom dia bukak balik
Quote mieymiey 22-8-2023 09:32 AM
Bukan sheols ada jual produk rambut eh? Ker iols salah retis?

Iols lagi suka tengok adik sheols yang jadi model muslimah tu, lembut jer muka sheols.
Quote HoneyManjer 22-8-2023 10:03 AM
sbb tu better senyap2 jer....
ko takyah kelua statement pape...
sbb kalau buka tutup pun nanti org kecam biase2 jer....
semoga istiqomah la dekkk
elok la tutup...kewajiban tu
Quote dewi_rina 22-8-2023 04:31 PM
sebab dah tak dapat menyeksi ke sis? Iols suggest be yourself.. pakai tudung jgn nak ikut adik awak tu ye.. dia pakai nampak ikhlas
Quote irvene 22-8-2023 04:50 PM
alaaa. syg nya rambut dia cantik tp tudung yg dia pakai dkt wedding intan tak nampak sesuai dgn dia, nampak muka kampung. tak tahulah cara pakai atau colour tudung tu tak kena dgn kulit dia.
Quote iraizz 22-8-2023 10:21 PM
dewi_rina replied at 22-8-2023 04:31 PM
sebab dah tak dapat menyeksi ke sis? Iols suggest be yourself.. pakai tudung jgn nak ikut adik awak  ...

Sape adik dia
Quote rayna_raynes 23-8-2023 12:09 AM
HoneyManjer replied at 22-8-2023 10:03 AM
sbb tu better senyap2 jer....
ko takyah kelua statement pape...
sbb kalau buka tutup pun nanti org k ...

sebab wartawan tanya, dia jawablah

Quote carlalily 23-8-2023 12:20 AM
Rambut dia cantik..so bila dia pakai tudung terus tenggelam sampai tak perasan dia one of the dulang girls kat situ. Tapi tu lah tujuan nya menutup aurat kan supaya tak menonjol.. Bkn mcm sstgh tu dah tutup semua still suka limelight lagi
Quote dewi_rina 23-8-2023 08:46 AM

fatin afiqah.. jual tudung kat tt, ada jadi model tudung jugak.. lawa adik dia sweet je
tapi jangan nak tanya abang dia hensem ke tak lah sbb mmg tak hensem
Quote HoneyManjer 23-8-2023 05:10 PM
rayna_raynes replied at 23-8-2023 12:09 AM
sebab wartawan tanya, dia jawablah

boleh jer jawab no komen

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.052326 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top